Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan masyarakat Sarawak terserlah, bantu Pastor Ibrahim kebakaran gereja
  • WILAYAH

Perpaduan masyarakat Sarawak terserlah, bantu Pastor Ibrahim kebakaran gereja

Utusan Sarawak 18 hours ago
TERHARU… Kelihatan Pengarah UNIFOR Dato Georgina Apphia Ngau memeluk Pastor Ibrahim Anyik ketika tiba di lokasi kebakaran BEM Sungai Bakas di sini hari ini. Foto: Adum Liu

BEKENU: Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Dato Georgina Apphia Ngau bangga dengan perpaduan masyarakat Sarawak, di mana terdapat pelbagai penganut agama telah tampil menghulur bantuan kepada Pastor Ibrahim Anyik.

Perpaduan, saling membantu di kalangan rakyat yang tidak mengira bangsa dan agama seperti ini sangat dihargai.

Georgina berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak semasa bersama rombongan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus dalam satu lawatan kerja ke lokasi kejadian kebakaran Gereja BEM Sungai Bakas di sini hari ini.

Katanya, fokus utama sekarang ialah membantu Pastor Ibrahim yang telah kehilangan pelbagai harta penting.

“Tentang pembinaan gereja baharu itu kita memang akan buat, tetapi akan mengambil masa dua tiga bulan lagi.

“Kita fokus kepada Pastor Ibrahim dahulu, di mana kelab UNIFOR sendiri turut menghulurkan sumbangan,” katanya lagi.

TERHARU… Kelihatan Pengarah UNIFOR Dato Georgina Apphia Ngau berjumpa dengan Pastor Ibrahim Anyik di lokasi kebakaran BEM Sungai Bakas di sini hari ini. Foto: Adum Liu

Tambahnya, tentang pembinaan gereja pula adalah perlu mengikut prosedur seperti geran tanah.

“Jika geran tanah sudah ada, sah milik gereja dan bentuk bangunan yang melibatkan bersama rumah pastor maka urusan pembinaannya akan lebih mudah.

“Lokasi lama (lokasi kebakaran) adalah tidak sesuai kerana kawasan rendah dan berdekatan sungai yang sering dilandar banjir,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Utusan Sarawak difahamkan bahawa derma kepada mangsa dan gereja juga masih beterusan sehingga kini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tapak baharu dicari, Gereja BEM Sungai Bakas bakal dibina semula
Next: Penyertaan sambutan Maulidur Rasul di Kabong catat peningkatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.