Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan masyarakat pelbagai kaum terus diperkasa sempena sambutan Gawai
  • TEMPATAN

Perpaduan masyarakat pelbagai kaum terus diperkasa sempena sambutan Gawai

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing berucap pada majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak 2026 anjuran Komuniti N.70 Samalaju di Restoran Dinnerworld, Bintulu semalam.

BINTULU: Keharmonian antara kaum dan agama yang dinikmati di Sarawak perlu terus dipelihara menerusi sikap saling menghormati serta penerimaan terhadap kepelbagaian budaya dalam masyarakat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, rakyat di negeri ini harus terus mengekalkan semangat toleransi yang menjadi kekuatan utama dalam membentuk perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu, penerimaan antara satu sama lain tanpa mengira agama dan latar belakang mampu memastikan keamanan serta kestabilan negara terus terjamin.

“Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Sebab itu, setiap masyarakat perlu ada sikap bertolak ansur dan saling memahami.

“Kalau kita dapat menerima budaya dan agama kaum lain dengan hati terbuka, perpaduan dan keharmonian itu akan terus kekal,” katanya.

DATO Sri Tiong King Sing memalu gong sempena majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak 2026 anjuran Komuniti N.70 Samalaju di Restoran Dinnerworld, Bintulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak 2026 anjuran Komuniti N.70 Samalaju di Restoran Dinnerworld di sini, semalam.

Tambah beliau, penyertaan masyarakat Melayu dan Islam dalam sambutan Gawai Dayak jelas menunjukkan budaya hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Sarawak masih utuh.

Dalam majlis sama, beliau turut mengakui jadual tugas yang padat membataskan peluang beliau untuk turun padang ke kawasan Parlimen Bintulu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun jelasnya, kebajikan rakyat tetap diberi perhatian menerusi kerjasama barisan kepimpinan tempatan dan ahli-ahli parti yang membantu menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya akui dalam dua atau tiga tahun ini saya kurang masuk kawasan kerana kekangan masa, bukannya tidak mahu turun bertemu rakyat.

“Sebab itu saya minta ketua politik dan ketua-ketua bahagian membantu saya menjalankan tugas serta menyantuni masyarakat di seluruh kawasan Bintulu,” ujarnya.

Beliau turut berharap rakyat dapat menyalurkan pandangan atau aduan sekiranya terdapat kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: DUN: ART, AirBorneo perkukuh jaringan pengangkutan Sarawak
Next: Teknologi AI bantu mudahkan tugasan harian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.