Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan majmuk Sarawak terus dipertahankan, ekstremis ditolak
  • TEMPATAN

Perpaduan majmuk Sarawak terus dipertahankan, ekstremis ditolak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGHARGAAN…Awang Tengah menerima cenderamata daripada masyarakat Kristian Lawas yang disampaikan oleh Henry Sum Agong.

LAWAS: Sarawak bukanlah tempat untuk golongan pentaksub agama mengamalkan ideologi ganas. Sebaliknya, kehidupan rakyat negeri ini yang berbilang latar belakang dan keturunan akan terus dipelihara dengan semangat kekeluargaan serta keharmonian.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa kehidupan harmoni masyarakat majmuk di Sarawak tidak wajar dicemari oleh golongan ekstremis yang hanya membawa perpecahan.

“Keganasan yang berlaku atas nama agama… ajaran agama tidak mengajar begitu. Jadi saudara dan saudari sekalian, there is no place for extremist di Sarawak. Kita mengamalkan hidup penuh toleransi dan harmoni antara satu sama lain. Marilah kita terus memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan generasi hari ini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Pra Krismas Daerah Lawas di Stadium Tertutup di sini, malam tadi.

AMANAT PEMIMPIN…Awang Tengah menolak politik dan ideologi keganasan yang membawa kehancuran.

Awang Tengah menambah, keharmonian hidup masyarakat majmuk Sarawak banyak dipengaruhi oleh faktor budaya yang pelbagai hasil daripada perkahwinan campur. Budaya berbeza inilah yang menjadi kekuatan dan harus dipertahankan oleh semua lapisan rakyat di negeri yang luas serta penuh keunikan ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara Sarawak (NRDA), Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok serta kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendigitalan tidak boleh abaikan golongan warga emas
Next: Kebajikan dipelihara, pembangunan Sarawak dipacu bersama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.