Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan kunci kekuatan Sarawak
  • TEMPATAN

Perpaduan kunci kekuatan Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago
SANTUNI… Dato Ibrahim Baki menyantuni masyarakat dengan mengagihkan bungkusan di Kafe Thompson pagi tadi. Foto HARRIEY NAHA

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyantuni masyarakat di Kafe Thompson sempena sambutan perayaan Krismas 2024.

Menurutnya, Sarawak berpegang teguh kepada prinsip keharmonian dan terus menjaga perpaduan pelbagai kaum sebagai kunci kekuatan negeri ini.

“Ini adalah budaya kita di Sarawak dan kita bersama-sama membangunkan keharmonian dalam kalangan kita.

“Mungkin mereka perlu belajar dan mengambil contoh Sabah dan Sarawak untuk menjadikan semua masyarakat hidup dalam harmoni,” katanya ketika ditemui pemberita selepas
Program Pengagihan Goodies Bags Sempena Sambutan Hari Krismas di Kafe Thompson, Jalan Nanas, Satok di sini, pagi tadi.

Kira-kira 200 bungkusan diagihkan kepada masyarakat.

Katanya, pengagihan itu dilakukan setiap tahun dan beliau berpesan kepada mereka yang menyambut perayaan sentiasa menjaga keselamatan terutama sekali apabila berada di jalan raya.
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 14 barangan terkawal SHMMP Krismas 2024
Next: Tiket konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.