Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perpaduan kunci kekuatan negara – Awang Tengah
  • SEMASA

Perpaduan kunci kekuatan negara – Awang Tengah

Utusan Sarawak 4 days ago
HARI KEBANGSAAN…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa rakyat agar terus memelihara perpaduan sebagai asas kekuatan negara ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Hari Kebangsaan, hari ini. Foto: UKAS

KUCHING: Hari Kebangsaan bukan sahaja menjadi peringatan kepada tarikh keramat kemerdekaan, malah simbol kebebasan, perpaduan dan kedaulatan negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pengorbanan besar pemimpin terdahulu perlu sentiasa diingat dan menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mengisi kemerdekaan dengan pembangunan, keadilan serta kesejahteraan rakyat.

Beliau menegaskan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas penting penyatuan Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu, yang bukan sekadar dokumen sejarah tetapi jaminan kepada hak Sarawak agar terus dihormati dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

“Teras utama yang mesti kita perjuangkan adalah memastikan hak-hak Sarawak sentiasa dipelihara dan diperkasa, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri serta semangat MA63 dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” ujarnya.

Beliau menambah, kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas daripada belenggu penjajahan, tetapi juga bermaksud kebebasan menentukan hala tuju pentadbiran serta masa depan Sarawak sendiri dalam kerangka persekutuan yang adil dan seimbang.

Justeru, katanya, kerjasama yang jujur dan ikhlas antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi memastikan pembangunan seimbang, peluang ekonomi lebih luas serta kehidupan rakyat yang lebih baik sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Selama lebih enam dekad, kita berdiri teguh kerana semangat saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Perpaduan inilah kunci sebenar kekuatan negara,” jelasnya.

Mengakhiri perutusan sempena Hari Kebangsaan, beliau menggesa agar hubungan erat antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan terus diperkukuhkan demi membawa Malaysia ke arah kejayaan bersama.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan,” katanya mengakhiri ucapan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Hari Kebangsaan pemangkin kemajuan dan perpaduan rakyat – Dr Sim
Next: SEDC bincang eksport hidrogen dalam bentuk pepejal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.