Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan kukuh, penduduk Betong pacu pembangunan sosioekonomi
  • Selatan
  • WILAYAH

Perpaduan kukuh, penduduk Betong pacu pembangunan sosioekonomi

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Gerald Rentap Jabu hadir pada Majlis Iftar Ramadan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong, semalam. Foto: Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong

​BETONG: Perpaduan utuh dan nilai toleransi yang tinggi menjadi ‘perisai’ utama buat penduduk Betong dalam memastikan kelangsungan pembangunan sosioekonomi di kawasan tersebut kekal mampan.

​Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu menegaskan, sikap kebersamaan antara kaum dan agama yang terjalin sejak sekian lama adalah tunjang kekuatan masyarakat majmuk di Sarawak.

​Menurutnya, sejarah telah membuktikan bahawa kesepakatan antara rakyat dan kepimpinan di Betong berjaya mewujudkan suasana harmoni yang membolehkan agenda pembangunan dilaksanakan dengan lancar.

DATUK Gerald Rentap Jabu hadir pada Majlis Iftar Ramadan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong, semalam. Foto: Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong

​”Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan agar keperluan penduduk dapat direalisasikan melalui perpaduan yang erat,” katanya.

​Beliau turut menitipkan pesan agar penduduk tidak mudah terpedaya dengan pengaruh negatif yang cuba menggugat keamanan sedia ada.

“Jangan sesekali terjebak dengan anasir luar yang ingin memecah belahkan perpaduan kita. Kita perlu mempertahankan nilai murni ini untuk kekal kuat dan utuh,” tegas beliau.

​Rentap berkata demikian semasa merasmikan Majlis Iftar Ramadan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong, semalam.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu turut memuji komitmen penganjur yang konsisten melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang menyentuh hati rakyat.

​Beliau memberi jaminan akan terus memberikan sokongan penuh bagi memastikan program murni seperti itu dijadikan sebagai aktiviti tahunan pada masa hadapan.

​Majlis tersebut turut menyaksikan keprihatinan penganjur dalam meringankan beban penduduk kurang berkemampuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

​Seramai 30 penduduk dari enam buah kampung sekitar Betong menerima sumbangan wang tunai, manakala setiap Ketua Kampung pula menerima agihan kurma secara simbolik.

​Selesai majlis penyampaian, Rentap bersama rombongan meluangkan masa berbuka puasa dan beramah mesra dengan penerima sumbangan dalam suasana yang cukup muhibah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemuda dikhuatiri hilang selepas masuk hutan belakang rumah di Kanowit
Next: Program KRT Nanga Bilat tingkat kesedaran ancaman sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.