Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan, keharmonian tonggak utama kekuatan Sarawak
  • TEMPATAN

Perpaduan, keharmonian tonggak utama kekuatan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
MERIAH… Senator Dato’ Ahmad Ibrahim merakamkan gambar kenangan bersama yang lain pada majlis sambutan Aidilfitri Kampung Rantau Panjang, malam ini.

KUCHING: Perpaduan dan keharmonian sosial terus menjadi asas kekuatan Sarawak, khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim berkata keunikan Sarawak terletak pada keupayaan rakyatnya hidup bersama secara aman meskipun berlatarbelakangkan kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

“Di tempat lain, perbezaan sering diketengahkan. Namun di Sarawak, kita memilih perpaduan, kebersamaan dan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kampung Rantau Panjang di sini, malam ini.

AMANAT… Senator Dato’ Ahmad Ibrahim ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Kampung Rantau Panjang, malam ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur luar yang boleh menggugat keharmonian yang telah sekian lama terbina di negeri ini.

“Kita mesti mempertahankan perpaduan ini. Jangan biarkan sentimen perkauman atau keagamaan memecah-belahkan masyarakat,” tegasnya.

Menurutnya, semangat sebagai ‘Anak Sarawak’ perlu terus diperkukuh dalam kalangan semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang memilih untuk menetap dan menyumbang kepada negeri ini.

Dato’ Ahmad turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian atas usaha berterusan dalam membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa serta kawasan sekitarnya termasuk Kampung Rantau Panjang.

SEKITAR suasana pada majlis sambutan Aidilfitri Kampung Rantau Panjang, malam ini.

“Peningkatan ketara dari segi infrastruktur, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti mencerminkan kepimpinan yang bukan sekadar bercakap, tetapi melaksanakan,” ujarnya.

Beliau turut memuji peranan pemimpin akar umbi termasuk ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta jawatankuasa komuniti yang disifatkan sebagai tulang belakang dalam memastikan perpaduan serta kejayaan program di peringkat tempatan.

Menyentuh mengenai Aidilfitri, beliau berkata perayaan tersebut membawa nilai penting seperti kemaafan, kesyukuran, muhasabah diri dan perpaduan.

“Ia adalah masa terbaik untuk kita memperbaiki hubungan serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” tambahnya.

Majlis tersebut menyaksikan kehadiran menggalakkan penduduk setempat serta pemimpin komuniti, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan muhibah yang utuh dalam kalangan masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak catat 259 permohonan sijil halal, 60 telah diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.