Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan dalam PBB elemen asas kekal teguh, berdaya saing
  • TEMPATAN

Perpaduan dalam PBB elemen asas kekal teguh, berdaya saing

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Cawangan PBB Kabong, Dato Mohd Chee Kadir merakamkan gambar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan PBB Kabong dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Perpaduan dalam kalangan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan elemen asas yang sangat penting untuk memastikan parti ini kekal teguh dan berdaya saing dalam mencapai visi serta matlamat jangka panjangnya.

Ketua Cawangan PBB Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata perpaduan yang utuh bukan sahaja memperkukuh peranan PBB dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetapi juga membolehkan parti ini menjadi suara yang lebih lantang dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.

“Sebagai tulang belakang dan tunjang untuk pembangunan serta pentadbiran Sarawak, ahli PBB harus sentiasa berhati-hati dan tidak leka kerana setiap ahli PBB perlu sentiasa bersatu hati, mengutamakan kepentingan parti dan memastikan bahawa perbezaan pendapat atau kepentingan individu tidak menghakis keharmonian yang telah dibina. 

“Jangan biarkan perpecahan atau pergolakan dalaman memecah belahkan kekuatan yang kita miliki,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan PBB Kabong dekat sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong itu berkata perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menyatukan pelbagai parti untuk membentuk PBB adalah satu contoh yang amat berharga dan harus diambil teladan oleh setiap ahli parti.

“Pelbagai rintangan dilalui untuk menyakinkan pemimpin-pemimpin parti terdahulu agar dapat bersatu demi membangunkan Sarawak.

“Oleh itu, kita perlu mengekalkan kekuatan PBB yang kini menjadi tunggak kekuatan kaum Bumiputera di Sarawak, dengan bersatu padu agar perjuangan pemimpin terdahulu tidak sia-sia,” ujarnya.

Mesyuarat berkala ini diadakan bagi membincangkan hala tuju serta memperkukuh gerak kerja parti di peringkat cawangan. 

Antara agenda utama adalah pembentangan laporan daripada setiausaha cawangan, bendahari, penolong ketua penerangan, ketua pergerakan pemuda dan ketua pergerakan wanita, ketua belia yang meliputi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan serta perancangan semasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gereja St Peter Padungan, teguhkan semangat keharmonian di Sarawak
Next: Perpaduan kaum cerminan keunikan Sarawak – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.