Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan dalam kepelbagaian kekuatan rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

Perpaduan dalam kepelbagaian kekuatan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
BERMULANYA GAWAI…Awang Tengah bersama tetamu kehormat dan Penghulu Ajan membentang tikar sebagai simbolik bermulanya perayaan Gawai di Daerah Lawas.

LAWAS: Perayaan Gawai Dayak terus menjadi simbol perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak yang meraikan kepelbagaian dalam suasana harmoni dan penuh kesepakatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini perlu terus dipelihara kerana ia menjadi sumber kekuatan rakyat Sarawak.

Menurutnya, setiap perayaan di Sarawak diraikan bersama tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya.

RANYAI…Awang Tengah diiringi Penghulu Ajan Renang menghiasi pokok ranyai yang baru didirikan dengan pelbagai makanan yang diikat pada pokok tersebut.

“Kita di Sarawak meraikan perayaan seperti Gawai sama seperti Sabah meraikan Kaamatan. Perayaan ini bukan sahaja disambut masyarakat Dayak, tetapi turut diraikan semua kaum walaupun berbeza agama, budaya dan latar belakang.

“Inilah keunikan kita. Keunikan ini membawa semangat kebersamaan dalam kepelbagaian dan memperkukuhkan persefahaman antara rakyat,” katanya ketika merasmikan majlis Pra-Gawai Ngancau Tikai Daerah Lawas 2026 di Rumah Panjang Ajan Renang, malam tadi.

SEJARAH IBAN…Dr Frida Ajan menyampaikan buku cenderamata buku tulisan beliau mengenai sejarah Iban di Lawas kepada Awang Tengah.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada terhadap fitnah dan provokasi yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Katanya, rakyat Sarawak tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya berpolitik secara berlebihan sehingga menjejaskan keharmonian yang dinikmati ketika ini.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat terus bersatu padu dan hidup harmoni bagi bersama-sama membangunkan Sarawak melalui usaha anak tempatan sendiri.

PERKONGSIAN BUDAYA…kumpulan kebudayaan Sipitang Sabah turut hadir membuat persembahan sempena Gawai dan Pesta Kaamatan di Sabah.

Menurut Awang Tengah, aspek pendidikan dan kemahiran juga penting bagi memastikan rakyat dapat bergerak seiring dengan kerajaan dalam usaha memajukan Sarawak demi kesejahteraan bersama.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Townhall Hari Sarawak bakal himpunkan suara belia di Sibu
Next: SUPP kecam dakwaan Jambatan Batang Lupar projek Kerajaan Madani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.