Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan ahli teras keutuhan PBB cawangan Simanggang
  • Tengah
  • WILAYAH

Perpaduan ahli teras keutuhan PBB cawangan Simanggang

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHAMAD Shafizan Haji Kepli semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Cawangan Simanggang, dekat sini malam semalam. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

SIMANGGANG: Perpaduan dalam kalangan ahli parti disifatkan sebagai tunjang utama dalam memastikan kekuatan dan kesinambungan perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang terus kukuh.

Ketua PBB Cawangan Simanggang, Mohamad Shafizan Haji Kepli menegaskan bahawa kerjasama erat antara ahli merupakan faktor penting dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang oleh parti.

Menurut beliau, hanya melalui kesepaduan dan semangat kebersamaan, sesuatu program mampu mencapai hasil yang membanggakan serta memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian ketika merakamkan penghargaan kepada ahli PBB Cawangan Simanggang atas komitmen tinggi dalam menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Cawangan Simanggang, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Shafizan yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pergerakan Pemuda PBB yang berjaya menganjurkan Bazar Ramadan Pemuda PBB sepanjang bulan Ramadan lalu.

UNTUK KENANGAN…Ketua PBB Cawangan Simanggang merakamkan memori bersama dengan penduduk setempat.
Foto: Mohamad Shafizan Kepli

Katanya, penganjuran bazar tersebut bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi setempat, malah membuka peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan tambahan.

Walaupun program itu berjaya dilaksanakan dengan baik, beliau berpandangan masih terdapat ruang penambahbaikan bagi memastikan pengalaman yang lebih berkualiti dapat dinikmati oleh para peniaga dan pengunjung pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Mohamad Shafizan menekankan bahawa kesatuan dalam kalangan ahli parti perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Oleh itu, saya berharap perpaduan di antara ahli akan dapat dikekalkan seterusnya dipertingkatkan bagi menjamin keutuhan PBB Cawangan Simanggang,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Burung kenyalang, sasaran kegiatan haram di Sarawak
Next: Majlis Jom Berambeh Raya SK Tanjung Belipat eratkan silaturahim komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.