Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perolehan projek Tentera Darat: SPRM tahan 17 pengarah syarikat
  • NASIONAL

Perolehan projek Tentera Darat: SPRM tahan 17 pengarah syarikat

Utusan Sarawak 2 days ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

SPRM dalam kenyataan di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari sehingga 10 Jan (Sabtu), telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi Selasa.

“Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan di antara 8.30 hingga 11.30 malam kelmarin, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM), sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Pada 29 Dis, SPRM  menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, berhubung kes berkenaan.

Pada 23 Dis, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bersatu pecat Saifuddin Abdullah
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.