Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permukaan bumi, rentas banyak kampung antara cabaran bina projek SSLR- Nanta
  • TEMPATAN

Permukaan bumi, rentas banyak kampung antara cabaran bina projek SSLR- Nanta

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN KERJA… Nanta dan rombongan ketika mengadakan lawatan kerja CIQS Pandaruan Limbang hari ini. 

LIMBANG: Pembinaan projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) fasa dua yang dianggarkan bernilai RM7.4 bilion, berjalan lancar, kata Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Menteri Kerja Raya itu bagaimanapun berkata projek berkenaan turut tidak sunyi daripada berdepan cabaran di lapangan. 

“Antara cabaran utama yang dikenal pasti termasuk skop kerja yang luas memerlukan perancangan dan kejuruteraan lebih terperinci selain kawasan yang agak luas dan faktor geografi.

“Projek SSLR fasa kedua ini memang sudah bermula sejak Surat Setuju Terima (SST) kita keluarkan lewat tahun lepas.

“Saya difahamkan memang dalam pakej-pakej projek ini ada sudah bermula, ada juga mungkin bermasalah sedikit tetapi saya difahamkan ia tidak menjadi masalah besar.

“Ini kerana jalan ini panjang melintasi banyak kampung dan sebagainya selain permukaan bumi pun sangat mencabar di sesetengah tempat.

“Namun, keseluruhannya kita masih berpuas hati kerana ia sudah bermula,”katanya ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja di Kompleks  Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Pandaruan Limbang hari ini.

Turut sama Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif dan Jurutera JKR Limbang, Mahathir Jokeni.

Nanta berkata SSLR Fasa Dua adalah inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jaringan jalan raya sebagai akses dan mobiliti kepada rakyat Sarawak yang berada di pedalaman utara negeri ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diberi kepercayaan bagi mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek yang bernilai dan berimpak tinggi ini, selaku agensi pelaksana teknikal di Sarawak.

Terdahulu Nanta turut menghadiri mesyuarat penyelarasan Lebuh Raya Pesisir Utara dan Jalan Persekutuan di Limbang. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Daro kini model pembangunan luar bandar yang berjaya – Abdul Karim
Next: Pesta Makan Tahun Kedayan 2025, dijangka tarik 10,000 pengunjung ke Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.