Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga Isnin
  • PENDIDIKAN

Permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga Isnin

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER permohonan UPUOnline

SINTOK: Tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan akademik sesi 2026/2027 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilanjutkan sehingga Isnin ini, 12.00 tengah hari.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata, calon yang masih belum membuat permohonan boleh berbuat demikian dan dinasihatkan supaya tidak menunggu saat akhir.

Sebelum ini, tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM 2025 dijadualkan berakhir pada 5.00 petang esok.

“Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju bahawa tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM yang dijadualkan pada esok, 12 April, 5.00 petang dilanjutkan kepada 13 April, iaitu Isnin, 12.00 tengah hari,” katanya ketika berucap pada Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Utara di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Menurut Azlinda setakat ini jumlah permohonan yang diterima melalui UPUOnline bagi kategori lepasan SPM ialah seramai 238,524 calon, manakala bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf pula sebanyak 112,488 calon.

Katanya, jumlah itu menjadikan keseluruhan permohonan diterima sebanyak 351,012 calon, dengan jumlah keseluruhan pembelian nombor PIN UPUOnline sebanyak 379,578.

“Angka ini jelas menunjukkan minat dan kepercayaan yang tinggi dalam kalangan generasi muda terhadap peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

“Jadi, kepada semua calon lepasan SPM, jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi,” katanya.

Azlinda turut mengingatkan semua calon supaya sentiasa peka dengan hebahan semasa dan membuat persediaan awal agar tidak terlepas peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: “Guru Bitara Nadi Negara”, tema sambutan hari guru tahun ini – KPM
Next: MRSM Lawas diharap direalisasi, perkasa utara Sarawak sebagai hab pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.