Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Permohonan SKDS kenderaan persendirian syarikat kategori jip, pikap mulai hari ini – Armizan
  • NASIONAL

Permohonan SKDS kenderaan persendirian syarikat kategori jip, pikap mulai hari ini – Armizan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENIAGA mikro dan kecil kini boleh mohon SKDS bagi kenderaan persendirian syarikat, jip dan pikap.

PUTRAJAYA: Permohonan pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat iaitu kenderaan persendirian syarikat, jip dan pikap dibuka bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata kelayakan subsidi akan berkuat kuasa bermula 15 Julai, tertakluk kepada kelulusan dan pemilikan kad fleet.

“Syarat kelayakan subsidi bagi sektor itu ialah kenderaan perlu didaftarkan sebagai kenderaan perniagaan dengan Kelas/Kod Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) dalam Sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu, perniagaan mestilah berdaftar di bawah pemilikan tunggal atau perkongsian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pendaftaran Pihak Berkuasa Tempatan (Sabah dan Sarawak),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata subsidi itu, disasarkan untuk memanfaatkan para peniaga mikro dan kecil yang berdaftar sebagai perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.

Sehubungan itu, pemilik perniagaan yang berkelayakan digesa membuat permohonan pada kadar segera melalui portal MySubsidi di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

Sebelum ini, kerajaan memberi kelayakan SKDS kepada dua sektor lain iaitu sektor pengangkutan darat (awam) dan sektor pengangkutan darat (barangan keperluan pengguna).- Bernama

Continue Reading

Previous: KDN pergiat banteras dadah sintetik, ‘piu-piu’
Next: PERKESO salur lebih RM1.2 juta faedah di bawah skim LINDUNG 24 Jam dalam tempoh sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.