Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permohonan SKDS bagi jip, pikap persendirian syarikat dibuka mulai hari ini
  • SEMASA

Permohonan SKDS bagi jip, pikap persendirian syarikat dibuka mulai hari ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
MATTHEW Dominic Barin pada sidang media sempena lawatan ke sebuah stesen minyak di Kuching bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) serta inisiatif BUDI Diesel.

PETRA JAYA: Permohonan pendaftaran di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi kenderaan persendirian milik syarikat kategori jip dan pikap dibuka secara rasmi bermula hari ini bagi membolehkan pemilik yang layak menikmati subsidi diesel.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, peluasan kelayakan itu menjadikan kategori berkenaan antara yang kini boleh memohon di bawah SKDS selepas kerajaan menambahnya ke dalam senarai kenderaan yang layak.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 37,880 kenderaan di Sarawak yang layak menyertai SKDS, namun hanya lebih 26,000 kenderaan telah berdaftar.

“Justeru, kita menjemput semua pemilik kenderaan dan syarikat yang layak supaya membuat permohonan sama ada di pejabat KPDN atau secara dalam talian melalui portal MySubsidi bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel yang disediakan kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke sebuah stesen minyak di sini, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan SKDS yang bermula pada Rabu (1 Julai) lalu setakat ini berjalan lancar dengan hanya beberapa kekeliruan kecil yang berjaya ditangani melalui sesi penerangan kepada pelbagai pihak.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya turut mengadakan taklimat kepada Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin mengenai pelaksanaan SKDS serta inisiatif subsidi diesel.

Mengulas lanjut, Matthew berkata KPDN sedang meneliti beberapa isu berkaitan pelaksanaan sistem itu termasuk melibatkan kenderaan individu yang masih belum dapat didaftarkan dalam sistem.

Beliau berkata, kementerian juga giat mengadakan sesi penerangan di seluruh Sarawak termasuk di Limbang, Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching selain membuka kaunter bantuan di semua cawangan KPDN bagi membantu orang ramai membuat permohonan dan mendapatkan maklumat berkaitan SKDS.

Untuk rekod melalui SKDS, subsidi diesel disalurkan kepada entiti perniagaan, syarikat dan koperasi yang layak di seluruh negara menerusi penggunaan kad armada, dengan kadar kuota tetap yang berbeza mengikut jenis badan, kelas kegunaan serta kategori teknikal kenderaan.

Peluasan itu menjadikan sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap) sebagai sektor baharu di bawah SKDS, melengkapkan dua sektor sedia ada iaitu Pengangkutan Darat (Awam) dan Pengangkutan Darat (Barangan Keperluan Pengguna). 

Dengan penambahan tersebut, keseluruhan jenis kenderaan dan kelas kegunaan yang layak di bawah skim berkenaan kini meningkat kepada 35 kategori.

Kelayakan subsidi bagi sektor baharu itu akan berkuat kuasa mulai 15 Julai ini, tertakluk kepada kelulusan permohonan serta pemilikan kad armada. 

Antara syarat yang ditetapkan ialah kenderaan mesti didaftarkan sebagai kenderaan perniagaan di bawah Kelas atau Kod Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) dalam sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain perniagaan berdaftar sebagai milikan tunggal atau perkongsian.

Inisiatif itu disasarkan bagi memberi manfaat kepada peniaga mikro dan kecil yang berdaftar sebagai perniagaan milikan tunggal atau perkongsian, justeru golongan berkenaan digesa mengemukakan permohonan dengan segera melalui portal MySubsidi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rundingan Petronas-Petros diteruskan, kerajaan komited perkasa penyertaan syarikat Sabah dan Sarawak
Next: Hujan lebat, ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak hingga 7.00 malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.