Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA dibuka 3-7 Julai
  • NASIONAL

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA dibuka 3-7 Julai

Utusan Sarawak 2 years ago

PUTRAJAYA: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

JPA dalam satu kenyatan ini hari ini memaklumkan bahawa, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut.

Menurut kenyataan JPA itu ketiga-tiga bidang tersebut turut ditawarkan melalui Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.

Tempoh permohonan bagi Program LPSM dilanjutkan sehingga 23 Jun ini. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.

Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi jaminan bahawa JPA akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menurut Anwar keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA, merupakan dasar kerajaan terdahulu. – Bernama

Continue Reading

Previous: LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024
Next: Dewan Rakyat lulus lima usul Kementerian Kewangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.