Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Permohonan pendaftaran baharu skop cukai perkhidmatan, kadar cukai jualan dibuka mulai 1 Ogos  
  • BISNES

Permohonan pendaftaran baharu skop cukai perkhidmatan, kadar cukai jualan dibuka mulai 1 Ogos  

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.

Bagi pihak berdaftar sedia ada, permohonan penambahan perkhidmatan baharu di bawah peluasan skop cukai perkhidmatan dan kod tarif di bawah semakan kadar cukai jualan boleh dikemukakan mulai 24 Jun 2025, menurut kenyataan kementerian itu di platform X hari ini.

Pada 9 Jun, kerajaan mengumumkan semakan semula kadar cukai jualan yang disasarkan serta peluasan skop cukai perkhidmatan, yang kedua-duanya akan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan asas, manakala kadar lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan terpilih.

Dalam pada itu, skop cukai perkhidmatan akan diperluas untuk merangkumi enam perkhidmatan baharu iaitu penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan perkhidmatan kecantikan.

Setiausaha Agung Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dilaporkan berkata bahawa hasil kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka meningkat sebanyak RM5 bilion pada 2025 dan RM10 bilion pada 2026 susulan pelaksanaan semula dan peluasan skop SST bermula bulan depan.

–Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Prospek perdagangan Malaysia dijangka tidak menentu susulan ketidakpastian tarif – Pakar ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.