Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Permohonan pelesenan baharu bersyarat
  • BISNES

Permohonan pelesenan baharu bersyarat

Utusan Sarawak 4 years ago
MESYUARAT… Datuk Bandar MBM, Adam Yii semasa mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Bahagian MBM, baru-baru ini.

MIRI : Majlis  Bandaraya Miri (MBM)  akan  mengenakan salah  satu  syarat permohonan  pelesenan baharu bagi  perniagaan  restoran  dan  kedai  makan iaitu tidak membenarkan penggunaan minyak masak kitar semula untuk memasak makanan.

Datuk  Bandar  MBM, Adam  Yii  berkata, langkah ini adalah usaha meningkatkan kesedaran tentang kesan pengambilan makanan tinggi lemak dan kaedah menggoreng yang digunakan untuk menyediakan makanan oleh peniaga makanan.

Beliau menyatakan bahawa semakin banyak kedai kopi dan restoran di bandar raya ini menggunakan penggorengan untuk menyiapkan makanan dan ini telah menjadi perhatian utama masyarakat setempat dan pengamal kesihatan.

“Minyak masak terpakai hendaklah dilupuskan dengan betul melalui syarikat pengumpul minyak masak terpakai berlesen.

“Bukti pelupusan yang betul hendaklah dikemukakan untuk pengesahan daripada Pegawai Kesihatan Awam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Majlis dan ketua-ketua bahagian MBM.

Tambah Yii, bagi menjaga kesihatan pengguna, MBM menetapkan tahap untuk jumlah sebatian polar (TPC) dalam minyak masak pada kadar 25 peratus yang mana minyak masak tidak boleh digunakan.

Continue Reading

Previous: Tiga premis perniagaan di Bandar Mukah terima AKHP
Next: MEDAC sasar wujudkan 18,000 peluang pekerjaan menjelang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.