Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Permohonan Muhyiddin rujuk isu Akta Hasutan akan didengar hakim lain
  • MAHKAMAH

Permohonan Muhyiddin rujuk isu Akta Hasutan akan didengar hakim lain

Utusan Sarawak 16 hours ago
BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan akan didengar di hadapan hakim lain.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan peguam bela Amer Hamzah Arshad agar persoalan undang-undang tersebut didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 4 Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Amer Hamzah yang mewakili Muhyiddin dalam hujahnya berkata persoalan undang-undang itu timbul susulan kes hasutan yang sedang dihadapi oleh anak guamnya.

“Kes hasutan merupakan kes utama dan telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 4. Dokumen-dokumen berkaitan kes itu juga telah diserahkan kepada mahkamah.

“Kami telah membuat permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung kes hasutan itu dan ia telah didaftarkan di hadapan Yang Arif (Hakim Azhar). Oleh itu kami mohon permohonan didengar di hadapan Yang Arif Hakim Datuk Muhammad Jamil memandangkan kes utama dibicarakan di hadapan hakim itu,” kata Amer Hamzah.

Perkara itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob.

Pada 4 April lepas, Muhyiddin, 77, memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan peruntukan tertentu dalam akta tersebut.

Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam pada 14 Ogos 2024.

Kenyataan itu berkait dakwaan beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Muhyiddin didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 4 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita didakwa tipu ejen syarikat serah komisen hingga RM172,985

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.