Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026 masih dinilai
  • SUKAN

Permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026 masih dinilai

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Proses semakan dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk menyertai saingan Liga Super musim 2025–2026 masih diteruskan oleh badan bebas, First Instance Body (FIB).

Pengerusi FIB Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata pihaknya kini meneliti lebih 387 dokumen dan entri yang dimuat naik setiap kelab Liga Super menerusi Sistem Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC CLAS).

Katanya FIB turut meneliti 98 dokumen dan entri yang dikemukakan kelab Liga A1 Semi-Pro sebelum tarikh tutup pada 10 Mei lepas.

“Kesemua dokumen ini meliputi enam kriteria utama iaitu kewangan, perniagaan, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, sukan serta infrastruktur.

“Proses semakan masih berjalan dan kami memerlukan sedikit masa lagi bagi memastikan setiap dokumen diteliti secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung permohonan Lesen Kebangsaan 2025–2026 akan diumumkan sebaik proses semakan selesai sepenuhnya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Thailand 2025: Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke separuh akhir
Next: Chelsea atasi United, Cucurella wira 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.