Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan- AGC
  • MAHKAMAH

Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan- AGC

Utusan Sarawak 19 hours ago
JABATAN Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan Peguam Negara sebelum ini Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh telah menjalankan tugas beliau selaras dengan fungsi perlembagaan jawatan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan Peguam Negara sebelum ini Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh telah menjalankan tugas beliau selaras dengan fungsi perlembagaan jawatan berkenaan. 

Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan dakwaan bahawa Ahmad Terrirudin telah mengelirukan Mahkamah Tinggi di sini adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut kenyataan itu, dakwaan bahawa bekas Peguam Negara itu yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sedang diteliti oleh badan kehakiman tertinggi negara juga tidak berasas.

Kenyataan AGC berkenaan sebagai respons kepada laporan media terkini serta kenyataan dikeluarkan oleh Tetuan Shafee & Co hari ini yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan bahawa satu permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin yang difailkan pada 21 Mei lepas.

“Untuk penjelasan, isu yang dibangkitkan dalam permohonan tersebut kini merupakan subjek rayuan yang masih belum diputuskan di Mahkamah Persekutuan, yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada 1 dan 2 Julai 2025.

“Isu-isu yang dijadikan asas kepada permohonan komital akan dihujahkan secara menyeluruh dalam prosiding rayuan tersebut,” menurut AGC.

AGC memaklumkan tindakan untuk memulakan prosiding komital sementara rayuan ini masih berjalan adalah tidak wajar, pramatang, dan prejudis.

Ia merujuk kepada permohonan kebenaran menghina mahkamah dikemukakan Najib yang mendakwa Ahmad Terrirudin, ketika menjawat jawatan itu dengan sedar dan sengaja mengarahkan atau menyebabkan hujahan yang tidak benar dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakiman berhubung Adendum.

AGC menjelaskan bahawa sebarang cubaan untuk memulakan atau meneruskan prosiding penghinaan semasa perintah penangguhan masih berkuat kuasa merupakan satu tindakan yang secara langsung melanggar perintah mahkamah dan menjejaskan pentadbiran keadilan yang teratur.

AGC menegaskan bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk memohon supaya permohonan itu diketepikan sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan menyeru semua pihak supaya membenarkan Mahkamah Persekutuan meneliti dan memutuskan isu-isu perundangan dan fakta yang dikemukakan tanpa tekanan, spekulasi atau tindakan luar yang boleh mengganggu perjalanan keadilan.

“Keadilan mesti ditegakkan mengikut kerangka kedaulatan undang-undang, bukan melalui kenyataan awam atau litigasi selingan,” menurut AGC.

Pada 28 April lepas, Mahkamah Tinggi telah membenarkan penangguhan terhadap semua prosiding sehingga keputusan rayuan tersebut diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurut AGC, pada 22 Mei lepas Mahkamah Tinggi turut mengesahkan secara bertulis bahawa penangguhan itu meliputi semua prosiding sedia ada dan akan datang yang berkaitan dengan kes ini, termasuk prosiding penghinaan mahkamah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Didakwa ugut bunuh ibu bapa dan lakukan khianat, lelaki mengaku tidak bersalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.