Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permohonan geran MRP perlu tujuan jelas, spesifikasi tepat
  • TEMPATAN

Permohonan geran MRP perlu tujuan jelas, spesifikasi tepat

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Parlimen Selangau, Edwin Banta merakamkan gambar kenangan bersama penerima geran MRP pada Majlis Penyerahan Geran MRP di Pejabat Daerah Selangau semalam. Foto UKAS 

SELANGAU: Permohonan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) perlu disertakan dengan tujuan yang jelas dan spesifikasi yang tepat bagi memastikan peruntukan yang diluluskan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta mengingatkan para tuai rumah bahawa setiap permohonan hendaklah dirancang secara teliti dan realistik.

“Spesifikasi juga hendaklah dibuat dengan betul, contohnya ada yang letak dalam permohonan panjang paip sejauh 5 kilometer (km) tetapi sebenar adalah 1 km sahaja,” katanya semasa Majlis Penyerahan Geran MRP di Pejabat Daerah Selangau semalam.

Beliau turut menekankan MRP sepatutnya digunakan untuk projek-projek penting bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan asas rumah panjang, bukan untuk perkara-perkara tidak perlu seperti pembelian hamper sempena perayaan.

Beliau juga menyarankan agar permohonan diselaraskan dengan projek-projek lain seperti MyKHAS bagi projek melebihi RM50,000 yang dibiayai Kerajaan Persekutuan, serta program Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) oleh Kerajaan Sarawak.

Pada majlis tersebut, seramai 73 Biro Wanita Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang serta Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Sinaran Kasih Tatau, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Pakoh dan Tabika KEMAS Meruan Dijih menerima geran MRP dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM405,200.

–UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program latihan masakan secara maya berjaya dianjurkan sempena Pesta Perahu Naga
Next: Tiada pemotongan subsidi LPG, hanya sekat salah guna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.