Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Permit masuk warga asing tidak jejas kepentingan rakyat tempatan
  • NASIONAL

Permit masuk warga asing tidak jejas kepentingan rakyat tempatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERAJAAN tekankan permit masuk hanya untuk profesional berkelayakan, selaras dengan kepentingan rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Pemberian permit masuk kepada warga asing tidak menjejaskan kepentingan rakyat Malaysia kerana ia hanya diberikan kepada individu berkelayakan yang memenuhi kriteria ketat di bawah undang-undang imigresen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kelulusan permit masuk adalah berpandukan Jadual Perintah Imigresen 1963 untuk individu yang memiliki kelayakan profesional atau kepakaran tertentu, dengan syarat tidak menjejaskan bakat dan tenaga kerja tempatan.

“Jadi dengan adanya mereka, melalui kaedah permit masuk… kepakaran profesional mereka itu memberikan nilai tambah dan bakat tempatan boleh belajar daripada kemahiran mereka. Kemasukannya itu tidak sampai menjejaskan bakat tempatan, tetapi pada masa sama menyumbang kepada kepentingan ekonomi negara.

“Jadi berpandukan kepada garis panduan ini, permit masuk itu mesti mematuhi satu kriteria ketat yang menyumbang kepada sektor berimpak tinggi secara positif dalam negara kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) mengenai langkah kerajaan menyelaraskan dasar permit masuk dengan keperluan tenaga kerja strategik negara khususnya dalam sektor berimpak tinggi dan penting.

Mengenai soalan asal Manndzri berhubung status terkini reformasi permit masuk negara, Saifuddin Nasution berkata sebanyak 15,081 permohonan permit masuk telah diluluskan daripada 19,205 kes tertunggak bagi tempoh 2013 hingga 2023, manakala selebihnya ditolak dan boleh mengemukakan rayuan.

Beliau berkata sebanyak 98 peratus daripada 5,628 kes rayuan bagi tempoh 2020 hingga 2024 telah diselesaikan susulan arahan supaya semua tunggakan rayuan diputuskan tahun ini.

Saifuddin Nasution berkata reformasi baharu termasuk memendekkan syarat tempoh perkahwinan bagi isteri kepada warganegara daripada lima tahun kepada tiga tahun sebelum boleh memohon permit masuk.

Mengulas pendigitalan sistem imigresen, beliau berkata sistem sedia ada, myIMMs yang digunakan sejak 2013, kini dianggap usang dan akan digantikan dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata sistem baharu itu akan mengurangkan urusan secara manual dan meningkatkan ketelusan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan imigresen. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 2,000 kes buli, 3,570 kesalahan jenayah berlaku di sekolah tahun lepas – KPM
Next: MINDEF jamin kewibawaan ATM terus dijaga sebagai institusi paling diyakini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.