Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permit jual mercun, bunga api ditarik balik jika peniaga langgar syarat – Polis
  • SEMASA

Permit jual mercun, bunga api ditarik balik jika peniaga langgar syarat – Polis

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS Diraja Malaysia memberi amaran bahawa permit penjualan mercun dan bunga api boleh ditarik balik sekiranya peniaga melanggar syarat yang ditetapkan. Foto hiasan.

CHUKAI: Polis mengingatkan penjual bunga api dan mercun supaya mematuhi segala syarat yang dikenakan bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, antara syarat yang ditetapkan adalah peniaga perlu menyediakan tempat simpanan mercun dan bunga api yang selamat serta mempunyai lesen penjaja daripada pihak berkuasa tempatan.

“Tindakan menarik balik permit penjualan mercun dan bunga api akan diambil sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi syarat dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini, susulan kejadian kebakaran sebuah gerai menjual barangan letupan itu di Kampung Gong Limau dekat sini semalam.

Mohd Razi ketika mengulas kejadian itu berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap peniaga berkenaan.

“Permit penjualan boleh ditarik balik sekiranya didapati wujud unsur kecuaian di pihak peniaga sehingga menyebabkan berlakunya kejadian itu,” katanya, sambil memaklumkan setakat ini pemilik dan dua pekerja gerai telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, peniaga gerai itu sebelum ini memperoleh permit untuk menjalankan aktiviti penjualan mercun dan bunga api sempena sambutan Aidilfitri di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai berlaku ketika peniaga gerai berkenaan keluar membeli makanan untuk bersahur di sebuah kedai makan berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan penduduk di Kampung Gong Limau di sini mendengar letupan kuat dalam kebakaran sebuah gerai menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun pada 4.15 pagi.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 25 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri
Next: Bekalan yang pelbagai lindungi Malaysia daripada gangguan minyak serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.