Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Permintaan tinggi, rekod pendermaan organ kekal rendah
  • KESIHATAN

Permintaan tinggi, rekod pendermaan organ kekal rendah

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITEMUI… Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr. Ngian Hie Ung ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di HUS, hari ini.

KUCHING: Permintaan terhadap pendermaan organ di negeri ini semakin meningkat, namun rekod pendermaan kekal rendah berikutan kekangan persetujuan keluarga.

Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr. Ngian Hie Ung berkata, situasi itu menjejaskan proses pengambilan organ yang perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

“Walaupun seseorang sudah berikrar, kami tetap memerlukan persetujuan keluarga. Masa sangat kritikal kerana sebarang kelewatan boleh menyebabkan organ tidak lagi sesuai digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di HUS di sini, hari ini.

Menurut beliau, buah pinggang merupakan organ paling diperlukan kerana kadar penyakit buah pinggang kronik dan diabetes yang tinggi.

“Di Sarawak sahaja, kira-kira 2,000 pesakit kini menjalani dialisis dan menunggu pemindahan organ. Di peringkat nasional pula, lebih 10,000 pesakit berada dalam senarai menunggu, termasuk lebih 400 kanak-kanak,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr. Ngian berkata, pendermaan ketika hidup hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat, manakala pendermaan selepas kematian mampu menyelamatkan lebih ramai pesakit.

“Satu penderma boleh memberi kedua-dua buah pinggang kepada dua pesakit berbeza selain organ atau tisu lain yang sesuai. Justeru, penerimaan masyarakat dan persetujuan segera amat penting,” tegasnya.

Beliau menggesa lebih ramai rakyat Sarawak mempertimbangkan pendermaan organ serta berbincang dengan keluarga agar hasrat itu dihormati apabila tiba masanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen cadang hapus sistem doktor kontrak
Next: Pendermaan organ dan tisu: Hadiah kehidupan buat pesakit yang menanti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.