Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permintaan nanas merosot
  • TEMPATAN

Permintaan nanas merosot

Utusan Sarawak 4 years ago
HAMBAR… Suling Uyo mengakui menjual nanas untuk dijadikan hiasan tahun ini sangat perlahan berbanding sambutan Tahun Baharu Cina sebelum ini.

MARUDI : Setiap mejelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), nanas turut mendapat sambutan menggalakkan untuk dijadikan hiasan.

Menurut seorang penjual nanas, Suling Uyo, 60-an, jika dulu, menjual nanas mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Cina apabila menjelang sambutan TBC.

“Tetapi sekarang, menjual nanas mendapat sambutan hambar akibat Covid-19 yang mana ramai rakan Tiong Hua mengubah cara hidup norma baharu dengan meraikan Tahun Baharu Cina kali ini dengan cara sederhana, “ ujarnya.

Suling yang berasal dari Long Sepling Tinjar dan kini menetap di Kampung Narum Marudi menjual nanas dengan harga murah yang diletak di dalam pasu dan sampul angpau untuk menarik pelanggan Cina.

Beliau menjualnya mengikut saiz nanas dan pasu namun, sambutan dalam kalangan masyarakat Cina sangat perlahan.

“Jika sebelum ini setiap kali menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, jualan nanas mendapat sambutan baik dengan keuntungan menggalakkan,” katanya.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Tun Taib terima kunjungan Panglima Medan Timur Tentera Darat
Next: 20 persatuan, sekolah terima bantuan MYSS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.