Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Permata Biru Saratok rangkul juara Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025
  • SUKAN

Permata Biru Saratok rangkul juara Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN Permata Biru dari Saratok muncul juara bagi Kategori Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025, semalam. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Pasukan Permata Biru dari Saratok muncul juara bagi Kategori Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025 yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, semalam.

Kejohanan anjuran Kelab Badminton Simanggang (SBC) itu berlangsung penuh meriah dengan penyertaan pemain dari Sri Aman dan Betong sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat perpaduan komuniti setempat.

PASUKAN Permata Biru dari Saratok muncul juara bagi Kategori Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025, semalam. Foto Adi Safarman

Pada aksi akhir yang sengit, Permata Biru Saratok menewaskan WFC Saratok untuk meraih gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, berserta piala dan pingat. 

Tempat ketiga bersama pula disandang oleh SBC A dan WWW CO Group, masing-masing menerima RM300 dan piala.

Kategori Berpasukan Lelaki menarik sembilan pasukan bertanding, termasuk SBC A, SBC B, WWW CO, WFC Saratok, M&M BG, Serakup BC, dan Tiang Laju Sport.

Pertandingan turut dibahagikan kepada subkategori Veteran, Kombinasi 80 Tahun ke Atas dan Terbuka, memberi peluang kepada pemain pelbagai peringkat umur mempamerkan bakat mereka.

PEMENANG pada Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025, semalam. Foto Adi Safarman

Bagi Kategori Beregu Wanita Terbuka, pasangan Chiew dan Yvonne Wong muncul juara dengan persembahan mantap dan keserasian luar biasa, diikuti Siti Munirah dan Nur Tania sebagai naib juara.

Tempat ketiga pula dikongsi oleh Sia Hiu Yng dan Victoria Lee bersama pasangan Sharifah Nuur dan Areen.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang turut memuji semangat kesukanan dan perpaduan komuniti yang terserlah sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kejohanan persahabatan ini bukan sekadar perbandingan kemahiran bermain, tetapi manifestasi perpaduan antara masyarakat Sri Aman dan Betong. Sukan membina komuniti yang sihat dan berdaya saing,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menyokong organisasi tempatan dalam penganjuran aktiviti sukan yang dapat menarik penyertaan generasi muda.

PASUKAN Permata Biru dari Saratok muncul juara bagi Kategori Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025, semalam. Foto Adi Safarman

Sementara itu, Pengerusi SBC, Kapitan Tay Buan Boon menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan tersebut dan bertekad untuk meneruskan penganjuran acara serupa pada masa akan datang.

“Kami amat berbesar hati melihat para pemain bersatu melalui badminton, mempamerkan semangat kesukanan dan persahabatan sejati,” katanya.

Hasil kejayaan pasukan Permata Biru Saratok mengungguli kejohanan tahun ini, semangat sukan dan perpaduan di antara komuniti Sri Aman dan Betong terus mekar seiring aspirasi Hari Sukan Negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: RM8,000 menanti juara Pertandingan Cipta Logo, Maskot Sukan SEA 2027
Next: Syafiq Phua raih emas tunggal lelaki, Sarawak cemerlang di SOPMA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.