Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perlu tindakan susulan – Ting
  • TEMPATAN

Perlu tindakan susulan – Ting

Utusan Sarawak 5 years ago
BELUM PASTI… Kelihatan cecair dipercayai gas asli membuak-buak dari lubang tanah di bekas tapak telaga minyak di Bukit Kanada di Miri

MIRI: Tindakan susulan akan diambil mengenai penemuan cecair dipercayai gas asli yang membuak- buak dari lubang tanah di bekas tapak telaga minyak di Bukit Kanada, di sini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting berkata, beliau rasa teruja mengenai penemuan itu walaupun belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar gas asli cecair atau bukan.

“Setakat ini, tidak dapat dipastikan lagi sama ada ia benar-benar gas cecair asli dan saya sendiri akan melakukan tinjauan tapak berkenaan selepas balik dari menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sibu esok (hari ini).

“Sekiranya ia benar disahkan sebagai gas asli cecair, tindakan susulan akan dilakukan bagi melindungi sumber berkenaan,” katanya di sini.

Dalam pada itu,Ting menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga sekiranya mengunjungi ke tapak berkenaan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Jangan merokok atau membawa bahan mudah terbakar yang boleh mencetuskan api di kawasan itu kerana kandungan cecair yang dipercayai gas itu belum diketahui dan tahap bahayanya,” katanya.

Pada Ahad lalu, tular di laman sosial Facebook beberapa keping gambar dan rakaman video mengenai penemuan cecair berkenaan yang dirakam oleh sekumpulan pendaki di sini.

Bukit Kanada adalah tempat di mana industri minyak di Sarawak bermula, dengan kejayaan menggali telaga minyak Miri pada 1 Disember 1910.

Perkembangan industri minyak telah membantu mengubah Miri dari sebuah perkampungan kecil nelayan pada abad ke-20 menjadi sebuah bandar moden dan maju pada abad ke-21.

Pelantar pertama yang dibina dipanggil ‘Tha Grand Old Lady’ dan telah menghasilkan minyak selama 62 tahun.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kadar indeks jenayah Miri meningkat
Next: Pengorbanan Renjer Sarawak amat besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.