Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perlu permit polis terbangkan dron sepanjang Gawai Bazar, Perarakan ‘Niti Daun’
  • TEMPATAN

Perlu permit polis terbangkan dron sepanjang Gawai Bazar, Perarakan ‘Niti Daun’

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengingatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron tanpa permit sepanjang program Gawai Bazaar dan Perarakan ‘Niti Daun’ sempena sambutan Gawai Dayak. Beliau menegaskan hanya unit dron TVS sahaja yang dibenarkan untuk membuat liputan udara semasa aktiviti berlangsung atas faktor keselamatan.

KUCHING: Polis Sarawak melarang orang awam menerbangkan dron tanpa permit sepanjang program Gawai Bazaar dan Perarakan ‘Niti Daun’ sempena sambutan Gawai Dayak yang bermula petang hari ini sehingga esok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pengendali dron perlu mendapatkan kelulusan permit daripada pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia dan jika gagal berbuat demikian polis tidak akan teragak-agak menyekat frekuensi penerbangan dron itu.

“Hanya unit dron TVS sahaja yang dibenarkan untuk membuat liputan udara semasa aktiviti berlangsung atas faktor keselamatan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini, malam tadi.

Mohd Azman berkata selain itu, enam jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup mulai hari ini pada 4.00 hingga 5.00 petang  untuk sesi raptai, manakala esok bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Antara jalan yang ditutup dan dilencongkan bagi tujuan perarakan adalah bulatan Sri Aman atau susur masuk Jalan Padungan, susur masuk ke Jalan Abell, Jalan Petanak, Jalan Padungan, Jalan Wawasan, Jalan Carpenter, Jalan Old Court House dan Jalan Gambir,” katanya.

Beliau berkata seramai 289 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang program itu berlangsung bagi memastikan kelancaran program.

Orang awam yang ingin menyaksikan perarakan itu dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan iaitu di bangunan Saujana, medan letak kereta Plaza Merdeka, bangunan Medan Pelita, sekitar bangunan Tun Jugah dan medan letak kereta Top Spot. -Bernama

Continue Reading

Previous: Basmi Kemiskinan: Sarawak fokus perkasa kanak-kanak
Next: Polis pergiat usaha kesan kumpulan disyaki aktif pecah rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.