Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perlu pendekatan terbuka, telus tangani isu telekomunikasi
  • Utara
  • WILAYAH

Perlu pendekatan terbuka, telus tangani isu telekomunikasi

Utusan Sarawak 4 days ago
BERTEMU LANGSUNG… Datuk Amar Awang Tengah menyantuni rakyat secara langsung bagi mendengar sendiri isu telekomunikasi dan keperluan pembangunan di kawasan Lawas.

LAWAS: Kepesatan pembangunan dunia hari ini banyak digerakkan oleh Teknologi Maklumat (IT) yang menjadi pemacu utama ekonomi baharu.

Sehubungan itu, pendekatan lebih terbuka dan telus amat diperlukan dalam usaha memperbaiki sistem telekomunikasi, khususnya di peringkat akar umbi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata semua pihak, khususnya rakyat Sarawak, perlu memberi kerjasama penuh dalam menangani isu seperti kecurian kabel telekomunikasi, kekurangan liputan dan kelajuan internet yang rendah.

“Ada kawasan yang internetnya terlalu perlahan, dan ada juga menghadapi titik buta (blind spot). Saya hargai ketua masyarakat dan ahli majlis yang berani bersuara secara terbuka mengenai isu ini, asalkan berdasarkan realiti, bukan dibuat-buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hasrat Madani anjuran Jabatan Komunikasi (J-Kom) Daerah Lawas di Tebingan Sungai Kampung Dato Kuala Lawas, semalam.

Tambah Awang Tengah, infrastruktur telekomunikasi dan multimedia kini menjadi asas kepada pelbagai aspek pembangunan termasuk pendidikan, kesihatan, pembangunan belia dan ekonomi sosial.

“Kita sekarang ada pelbagai saluran media seperti RTM, Bernama dan TVS. Ini adalah peluang kepada anak muda untuk belajar buat video pendek, promosi produk dan terlibat dalam ekonomi digital,” ujarnya lagi.

Beliau turut memuji langkah Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang turun ke lapangan untuk mengadakan sesi libat urus bersama penduduk setempat bagi memahami cabaran sebenar berkaitan telekomunikasi.

Awang Tengah turut menggalakkan penyertaan golongan belia dalam pembangunan berasaskan teknologi digital, selaras dengan pelan ekonomi digital negeri Sarawak.

“Kementerian saya menyediakan kemudahan dalam bentuk geran melalui program Go Digital untuk menyokong penyertaan belia dalam ekonomi digital.
Ini penting agar belia tidak ketinggalan dan dapat memanfaatkan peluang dalam ekonomi baharu,” katanya.

Pada masa sama, beliau menekankan perlunya memperluas penyebaran maklumat dan promosi melalui televisyen dan media digital agar produk serta gaya hidup masyarakat Sarawak dapat diketengahkan di peringkat global.

“Kita perlu tonjolkan keindahan dan potensi Sarawak sebagai destinasi pelaburan, perniagaan dan pelancongan yang stabil dan kaya dengan sumber alam,” tambah beliau.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Siren amaran tsunami Miri berfungsi baik, ujian berkala dijalankan pagi tadi
Next: Lo Khere Chiang highlights community benefits of Taman Mewah Basketball Court upgrade

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.