Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perlu pantas rangsang ekonomi global
  • BISNES

Perlu pantas rangsang ekonomi global

Utusan Sarawak 5 years ago

LAWAS: Komuniti usahawan Sarawak perlu bergerak pantas merebut peluang dalam peluang perniagaan yang berterasakan teknologi moden.

Pihak Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak(MINTRED) kini terus giat mendedahkan masyarakat peniaga dengan teknologi baru untuk perniagaan mereka.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan PKS Sarawak, Datuk Haji Mohd Naroden Majais (gambar) memberitahu bahawa permintaan global dan dalam negara terhadap sektor pemakanan semakin berkembang pesat.

Ini sejajar dengan pertumbuhan populasi global yang terus meningkat.

Malahan sektor lain seperti perkhidmatan juga telah berkembang ke arah ekonomi digital untuk memasarkan produk mereka.

Kini teknologi dihujung jari semakin memainkan peranan mengerakkan ekonomi tempatan dan antarabangsa.

Beliau menyatakan demikian pada Program Keusahawanan: Teknik Menjana Pendapatan Melalui Platform Teknologi Digital di Hotel Seri Malaysia Lawas anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak(MINTRED) semalam.

Seterusnya Naroden memberitahu, semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah menyaksikan penjualan terkumpul daripada data kementeriannya ialah sebanyak RM35 juta hanya melalui perkhidmatan sistem BROS.
Manakala mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan dibawah kementerian pula mendapat pendapatan antara RM150 ke RM250 sehari.

Ini jelas membuktikan teknologi hari ini boleh membantu diri pengusaha yang terlibat.

Selain itu, pihak kementerian juga menyediakan sejumlah peruntukan untuk pinjaman dan geran kepada usahawan yang layak di Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Petron catat kerugian bersih RM69 juta
Next: Cukai pengosongan jejaskan pasaran hartanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.