Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perlawanan pembukaan Piala Dunia mungkin terjejas akibat ribut di Mexico City
  • SUKAN

Perlawanan pembukaan Piala Dunia mungkin terjejas akibat ribut di Mexico City

Utusan Sarawak 2 hours ago
PERLAWANAN pembukaan Piala Dunia mungkin terjejas akibat ribut di Mexico City. Foto olahan AI

MEXICO CITY: Perlawanan pembukaan Piala Dunia di Mexico City pada Khamis mungkin terjejas akibat hujan lebat dan ribut petir, menurut amaran pihak berkuasa, selain risiko mogok dan demonstrasi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekretariat Pengurusan Risiko Bersepadu dan Perlindungan Awam Mexico City berulang kali mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga bagi beberapa kawasan di ibu negara itu.

Perlawanan pembukaan antara tuan rumah bersama Mexico dan Afrika Selatan merupakan satu daripada 104 perlawanan dalam kejohanan yang diperluas itu, dengan faktor cuaca dijangka memberi kesan besar sepanjang kejohanan berlangsung.

Ribut tropika juga berpotensi terbentuk di luar pantai Pasifik Mexico.

Majlis pembukaan selama sejam — menampilkan bintang pop Shakira bersama lagu rasmi Piala Dunia nyanyiannya — akan diadakan sebelum perlawanan pembukaan yang dijadual bermula pada 1 tengah hari waktu tempatan (1900 GMT).

Hujan lebat di Mexico City sejak beberapa hari kebelakangan ini berulang kali menyebabkan jalan raya dinaiki air. Pengangkutan awam turut terjejas apabila beberapa laluan metro tidak beroperasi dan akses ke stesen terpaksa ditutup.

Ribut boleh menjejaskan kelancaran keseluruhan Piala Dunia yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Pada Piala Dunia Kelab di AS tahun lepas, yang turut diadakan pada Jun dan Julai, beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan berikutan risiko kilat.

Guru, pemandu trak dan petani di Mexico juga dijangka mengadakan demonstrasi berhubung pelbagai rungutan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Selain Mexico City, Guadalajara dan Monterrey turut menjadi tuan rumah perlawanan di Mexico. Kedua-dua stadium itu terletak di perbandaran berhampiran bandar berkenaan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Perez dipilih semula presiden Real Madrid, buka jalan buat Mourinho Kembali
Next: Eriksen dalam keadaan ‘bersemangat’ selepas rebah ketika perlawanan persahabatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.