Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkukuh semangat perpaduan, kekalkan keharmonian
  • SEMASA
  • TEMPATAN

Perkukuh semangat perpaduan, kekalkan keharmonian

Utusan Sarawak 2 hours ago
DAYANG Noorazah Awang Sohor. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menyeru rakyat Malaysia agar terus memperkukuhkan semangat perpaduan dan mengekalkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia ke-62.

Beliau berkata, tarikh 16 September 1963 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara apabila Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bergabung membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. 

Katanya, peristiwa itu bukan sahaja menandakan kelahiran sebuah negara tetapi juga lahirnya semangat baharu untuk bersatu di bawah satu bendera dan cita-cita bersama.

Menurut beliau, Hari Malaysia mengingatkan rakyat bahawa kekuatan sebenar negara bukan hanya terletak pada pembangunan atau kekayaan semata-mata, tetapi pada hati rakyat yang bersatu padu. 

Walaupun berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa, semua tetap berkongsi harapan sama untuk melihat tanah air terus aman, makmur dan sejahtera.

Dayang Noorazah turut mengingatkan agar jasa pemimpin terdahulu sentiasa dihargai kerana pengorbanan mereka memungkinkan generasi hari ini menikmati keamanan. 

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa generasi muda perlu diperkasakan dengan ilmu pengetahuan, nilai murni serta semangat patriotisme agar mampu menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi yang kian pantas.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia adalah milik bersama seluruh rakyat dan masa depan negara bergantung pada usaha generasi hari ini untuk memelihara serta menjaganya dengan penuh kasih sayang. 

Justeru, rakyat digesa agar mengukuhkan perpaduan dan menghindari perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan mengelakkan segala perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan. Selamat menyambut Hari Malaysia ke-62. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro sambut baik kerjasama dengan Persatuan Ejen Produk Petroleum
Next: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Bintulu sempena Hari Malaysia peringkat Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.