Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh perpaduan, dukung kepimpinan hadapi cabaran ekonomi
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh perpaduan, dukung kepimpinan hadapi cabaran ekonomi

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi (tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masyarakat Kampung Melayu Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah di sini, semalam.

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi menggesa rakyat terus memelihara perpaduan serta memberi sokongan padu kepada kepimpinan negara dalam mendepani cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi perkembangan global.

Beliau berkata, dukungan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim amat diperlukan ketika negara berdepan tekanan ekonomi, termasuk impak konflik di Asia Barat.

“Dalam situasi ini, kita perlu fokus kepada usaha memajukan negeri dan masyarakat serta mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan perpaduan,” katanya.

DATO Sri Alexander Nanta Linggi (tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masyarakat Kampung Melayu Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masyarakat Kampung Melayu Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah di sini, semalam.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit turut memuji kepimpinan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg yang disifatkan berjaya memacu pembangunan negeri.

Menurutnya, rakyat Sarawak perlu terus bergerak ‘segulai sejalai’ bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan.

DATO Sri Alexander Nanta Linggi (tengah) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masyarakat Kampung Melayu Kapit di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM76,500 bagi pelaksanaan program dan aktiviti komuniti setempat.

Selain itu, sebanyak RM25,000 turut disalurkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat untuk pembelian lembu korban.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pengumuman beberapa projek serta bantuan yang dipohon oleh tiga kampung masyarakat Melayu di Kapit iaitu Kampung Bestari, Kampung Baru dan Kampung Muhibbah.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, sambutan Aidilfitri walaupun telah memasuki minggu ketiga Syawal masih menjadi ruang terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh perpaduan antara kaum.

“Saya amat berbangga melihat semangat perpaduan yang erat di Kapit. Mun raya kita sama-sama raya, mun Gawai kita pun sama-sama Gawai,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian.

Menurutnya, penganjuran majlis yang menghimpunkan sekitar 1,000 penduduk tetap masyarakat Melayu serta sekitar 500 penduduk Islam dari luar yang berkhidmat di Kapit itu menjadi platform penting dalam menyatukan komuniti.

Pelbagai pengisian diadakan termasuk juadah berkonsepkan Malaysia MADANI, sumbangan pendidikan, penghargaan kepada warga emas serta aktiviti kemasyarakatan.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan premium lot tanah kepada penduduk Kampung Bestari bagi membantu meringankan beban serta memberi manfaat jangka panjang kepada pemilik.

Nanta berkata langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam mendengar dan menangani keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya terus mengamalkan sikap prihatin dengan membantu golongan memerlukan agar mereka juga dapat merasai kemeriahan Aidilfitri.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah panjang baharu bawa sinar Gawai 2026 kepada penduduk Tembawai Kapok
Next: JASS bantu ringankan kos sara hidup, perkasa petani tempatan di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.