Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Perkukuh peranan anak Sarawak di menara gading
  • PENDIDIKAN

Perkukuh peranan anak Sarawak di menara gading

Utusan Sarawak 7 hours ago
LEBIH 150 mahasiswi hadir dalam Program Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak.

TANJONG MALIM: Lebih 150 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghadiri Program Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak anjuran Persatuan Jalinan Anak Sarawak (JASA) yang berlangsung di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, di sini.

Program itu bertujuan menjadi platform wacana ilmiah bagi membincangkan hala tuju pendidikan Sarawak serta memperkasa peranan mahasiswa anak Sarawak dalam pembangunan pendidikan di peringkat menara gading.

DATUK Dr. Annuar Rapa’ee menyampaikan ucapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, turut hadir merasmikan program tersebut dan menyampaikan amanat berkaitan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuh sistem pendidikan Sarawak.

Dalam sesi dialog bersama pelajar, beliau menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk memperluas pembangunan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), termasuk penubuhan pusat makmal sains di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai sebahagian daripada pelaksanaan pendidikan abad ke-21.

SESI soal jawab interaktif antara mahasiswi UPSI bersama Datuk Dr. Annuar Rapa’ee.

Menurut Bony, program dialog ini merupakan usaha berterusan persatuan dalam membina jaringan kukuh dalam kalangan mahasiswa Sarawak di perantauan serta menyumbang idea bernas untuk pembangunan pendidikan negeri melalui platform yang profesional.

“Persatuan JASA amat menghargai sokongan kerajaan Sarawak dan pengurusan universiti yang sentiasa membuka ruang kepada inisiatif pelajar seperti ini,” katanya.

Pada majlis itu, turut menyempurnakan simbolik penyerahan Inisiatif Bakul Prihatin Siswa Sarawak yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sarawak di bawah kendalian Dorothy Dolly.

Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar mendapatkan bekalan makanan asas sepanjang pengajian di kampus. Program berkenaan turut disusuli sesi soal jawab interaktif bersama mahasiswa dan pensyarah UPSI.

Turut hadir mewakili Naib Canselor UPSI Siti Salwa Jamaldin, Penasihat Persatuan JASA Dr Saripah Banseng, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Etnik Sarawak UPSI, Dorothy Dolly Anthony dan Yang Dipertua Persatuan JASA, Bony Steven.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: STU terus komited perjuang kebajikan guru Sarawak, warga pendidik disaran kekal proaktif
Next: STPM 2024 catat PNGK nasional 2.85, tertinggi dalam sejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.