
anjuran SK Semukoi baru-baru ini.
SANTUBONG: Program Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) bertemakan ‘Pahlawan Pantai Bersih’ dan Hari Bersama Keluarga anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Semukoi berjaya menarik penyertaan ramai dan berlangsung meriah di Lance Court Resort (D’Cove), baru-baru ini.
Program selama dua hari itu menghimpunkan pelajar, guru, ibu bapa serta warga sekolah dalam usaha memperkukuh pendidikan alam sekitar melalui pendekatan pembelajaran luar bilik darjah.
Guru Besar SK Semukoi, Pura Entalang, berkata program PALS bukan sahaja memfokuskan aspek kesedaran, tetapi turut memupuk rasa cinta dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
“Konsep Sedar, Cinta, Amalkan menjadi asas penganjuran bagi memastikan pelajar bukan sahaja memahami isu alam sekitar, tetapi turut mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” katanya.
Sepanjang penganjuran, para peserta turut menyertai aktiviti pembersihan pantai bersempena tema ‘Pahlawan Pantai Bersih’
yang memberi pengalaman pembelajaran secara langsung mengenai kepentingan memelihara kebersihan kawasan pantai sebagai khazanah semula jadi.
Selain aktiviti berteraskan alam sekitar, Hari Bersama Keluarga turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibubapa dalam suasana santai, selari dengan komitmen bahawa penjagaan alam bermula daripada keluarga sebagai unit komuniti terdekat.
Program ini turut menerima sokongan dana daripada Projek Geran Lembaga Alam Sekitar (NREB) serta sumbangan PIBG SK Semukoi, yang membantu memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti pendidikan dan kesedaran.
PALS SK Semukoi turut menjadi platform untuk membina budaya sekolah yang lebih prihatin terhadap kelestarian, dengan menyediakan struktur pembelajaran yang bertujuan melatih pelajar menjadi ejen perubahan kecil dalam komuniti mereka.
Turut hadir Pegawai Kawalan Alam Sekitar Cawangan Kuching, Ng Kai Ning.
Oleh Tarani Lanting
Tamat.