Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh keimanan, perluas fahaman al-Quran
  • Selatan
  • WILAYAH

Perkukuh keimanan, perluas fahaman al-Quran

Utusan Sarawak 10 hours ago
SESI penyampaian hadiah kepada pemenang majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Majlis Tilawah al-Quran merupakan platform penting dalam memperkukuh keimanan serta memperluas kefahaman umat Islam terhadap ajaran al-Quran.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato Idris Buang, setiap peserta yang menyertai majlis seperti itu sebenarnya bukan sekadar bertanding tetapi turut mendapat ganjaran pahala dan keberkatan.

UCAPAN… Dato Idris Buang berucap ketika perasmian penutupan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Samarahan di Masjid Darul Istiqamah.

“Majlis seperti ini bukan hanya memartabatkan seni bacaan al-Quran, tetapi mengingatkan kita akan tanggungjawab untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Golongan muda digalakkan untuk mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan kehidupan dalam membuat keputusan serta jalan menuju kerahmatan dan keselamatan dunia akhirat.

“Contohnya surah al-Fatihah yang kita baca setiap hari, jika difahami dengan sebenar, ia memberi kesan mendalam kepada cara kita melihat kehidupan. Sama juga dengan surah yang lain,” katanya.

MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Samarahan dimeriahkan dengan tetamu yang hadir.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Samarahan yang berlangsung di Masjid Darul Istiqamah, semalam.

Majlis turut menyaksikan pengumuman johan bagi kategori Qari dimenangi Ismawi Ibrahim, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi Muhd Hafisz Shafie dan Muhd Syahaziamir Sahmat.

Bagi kategori Qariah, Nadhirah Khaliqah Kasturi muncul sebagai johan, manakala Manisha Azyan Allilah Azman dan Nurul Sabariah Saini masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DBNA Wanita Bau jayakan Program 3L
Next: Kerjasama akar umbi penting demi kelangsungan perjuangan PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.