Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh budaya tadbir urus berintegriti di peringkat akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh budaya tadbir urus berintegriti di peringkat akar umbi

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK ALBUM….Tan Sri William Mawan Ikom dan Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya bergambar bersama KMKK.

SARIKEI: Seramai 156 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Daerah Pakan (122) dan Daerah Sarikei (34) menyertai Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak memperkukuh budaya tadbir urus berintegriti di peringkat akar umbi.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom, berkata penganjuran kursus tersebut amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan integriti dalam kalangan pemimpin komuniti setempat.

“Selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak untuk mewujudkan masyarakat yang berintegriti, kursus ini tepatlah pada waktunya. 

“Institusi KMKK merupakan institusi yang amat penting di Sarawak. 

“KMKK merupakan tunjang utama kepada kesinambungan sosiobudaya, ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat tidak kira sama ada di bandar mahupun di luar bandar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kursus MIKM Tahap 1 Siri 17 Bil.5/2025 dan Tahap 2 Siri 6 Bil.5/2025 di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini. 

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan menegaskan bahawa nilai integriti perlu diamalkan secara berterusan oleh para pemimpin akar umbi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sebagai seorang pemimpin, nilai Integriti merupakan karakteristik utama yang mesti ada. 

“Dengan kata lain, kepimpinan berintegriti adalah konsep kepimpinan yang sentiasa mengamalkan nilai yang baik dan murni yang menjadi contoh kepada orang lain untuk mereka mengikut dan mengamalkan nilai tersebut,” katanya.

Tambahnya, KMKK bukan sahaja bertindak sebagai jambatan antara masyarakat dan kerajaan, malah merupakan ‘mata dan telinga’ terbaik dalam memastikan pelaksanaan setiap projek pembangunan berjalan lancar dan mengikut spesifikasi.

“Saya berharap semua KMKK selaku pemimpin masyarakat supaya sentiasa memantau segala aktiviti mahupun projek yang telah diluluskan di kawasan anda. 

“Tindakan ini amat penting agar semua aktiviti atau projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan masing-masing berjalan dengan lancar tidak bermasalah dan akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. 

Katanya lagi, penganjuran MIKM membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan dasar pembangunan yang bebas rasuah dan cekap dapat direalisasikan menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya dan Timbalan Residen Sarikei Badjuri Bidin selaku wakil Residen Sarikei dan Pegawai Daerah Pakan, Mohd Irwan Abdullah @ William Manggoi.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas Adeline Asong derma darah selamatkan nyawa
Next: Sebastian Ting allocates RM100,000 to improve Miri Chinese Kindergarten facilities

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.