Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perkhidmatan saringan sistem reproduktif lelaki diperluas ke semua klinik tahun depan
  • NASIONAL

Perkhidmatan saringan sistem reproduktif lelaki diperluas ke semua klinik tahun depan

Utusan Sarawak 6 months ago

PUTRAJAYA: Perkhidmatan saringan sistem reproduktif lelaki, yang dimulakan secara berfasa tahun ini, dijadualkan diperluaskan ke semua klinik kesihatan menjelang 2025.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa Garis Panduan Pengesanan Awal Masalah Kesihatan Reproduktif Lelaki di Penjagaan Kesihatan Primer telah diterbitkan untuk menangani isu berkaitan masalah sistem reproduktif lelaki di klinik kesihatan.

Penerbitan itu selaras dengan Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan (2019-2023).

“Garis panduan ini diharapkan dapat memperkukuh pengurusan perkhidmatan, khususnya dalam menangani penyakit pembengkakan kelenjar prostat, kanser prostat, dan disfungsi ereksi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Peringkat KKM Tahun 2024, yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Sambutan yang bertemakan ‘Peduli Diri, Lelaki Afiat’ itu memfokuskan kepada strategi mempromosikan pembudayaan hidup sihat dan memperkasakan golongan lelaki dalam kawalan kesihatan kendiri.

Menurut KKM, isu kesihatan lelaki secara umumnya kurang diberi penekanan dalam kalangan masyarakat.

Pada 2023, purata jangka hayat lelaki ialah 72.5 tahun berbanding 77.4 tahun bagi wanita dan punca kematian utama dalam kalangan lelaki ialah akibat penyakit kardiovaskular iaitu sebanyak 34.9 peratus, dikuti oleh kanser (13.5 peratus) dan pernyakit paru-paru kronik (4.7 peratus) bagi 2021.

KKM juga melaporkan bahawa lelaki terdedah kepada faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan menghidap penyakit kardiovaskular, kanser, dan penyakit paru-paru kronik, seperti merokok.

Sebanyak 35.7 peratus lelaki merokok, iaitu 40 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Selain itu, 16.9 peratus lelaki didapati mengambil alkohol, berbanding 6.4 peratus wanita.

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Anggota kesihatan diingat lapor kesan sampingan ubat – KKM
Next: 6,742 graduan bakal terima ijazah pada majlis Konvokesyen UMM ke-37

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.