Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • GLOBAL

Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad

Utusan Sarawak 2 hours ago
POSTNORD menghantar surat terakhirnya, menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di Denmark. Foto AGENSI

BRUSSELS: Pengendali perkhidmatan pos milik kerajaan Denmark pada Selasa menghantar surat terakhirnya, sekali gus menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar DR.

PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat akibat pendigitalan dan perubahan tabiat komunikasi.

“Hari ini menandakan satu titik perubahan bersejarah dalam sejarah PostNord,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen. “Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya, namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini, iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat.”

Langkah itu mencerminkan peralihan besar dalam masyarakat ke arah penyelesaian digital seperti pembayaran mudah alih, yang mengurangkan permintaan terhadap surat fizikal secara signifikan.

Selepas pengunduran PostNord, syarikat swasta Dao akan mengambil alih sebahagian besar penghantaran surat, dengan ketua pegawai eksekutifnya, Hans Peter Nissen mengunjurkan sekitar 80 juta surat pada 2026.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.