Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan kaunter malam SUPP Cawangan Kuching terus dapat sambutan
  • TEMPATAN

Perkhidmatan kaunter malam SUPP Cawangan Kuching terus dapat sambutan

Utusan Sarawak 23 hours ago
UNTUK ALBUM… Adam Yii dan Nicholas Wung serta pasukan sukarelawan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching merakam kenangan bersama pada Program Khidmat Kaunter Malam yang berlangsung di Life Café Padungan, malam tadi.

KUCHING: Program Khidmat Kaunter Malam anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching yang berlangsung malam tadi di Life Café Padungan di sini  terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak.

Pengerusi Pemuda SUPP Cawangan Kuching, Nicholas Wung, berkata program bertujuan membantu para pelajar institusi pengajian tinggi serta penduduk yang memerlukan pelbagai bentuk sokongan dan khidmat nasihat.

“Program yang mendapat sambutan hangat minggu sebelumnya ini sekali lagi menyaksikan kehadiran ramai, terutamanya pelajar yang berpusu-pusu untuk menyemak kelayakan dan status permohonan mereka.

“Seramai lebih daripada 300 pelajar telah dibantu dalam proses permohonan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM1,200 sepanjang dua minggu lalu.

“Permintaan sangat tinggi, bukan sahaja secara fizikal di tapak tetapi juga melalui platform dalam talian. Ramai pelajar menghubungi kami di media sosial, dan pasukan kami memberikan sokongan langkah demi langkah secara maya,” jelasnya.

Tambah Wung, perkhidmatan kaunter malam tidak hanya tertumpu kepada bantuan kewangan, malah turut merangkumi pelbagai bentuk bantuan lain seperti permohonan Kad Emas Kenyalang (KGC), subsidi kebajikan sosial, pendaftaran OKU, khidmat nasihat undang-undang, dan pensijilan dokumen rasmi.

“Kami bukan sekadar mengisi borang. Pasukan kami membimbing pemohon melalui proses yang lebih kompleks, termasuk pendaftaran ID Sarawak, dokumentasi pendapatan keluarga, serta menyediakan surat sokongan yang ditandatangani Kapitan untuk mereka yang tiada bukti pendapatan,” katanya.

Wung turut menggesa kesemua pelajar dan penduduk yang layak agar tidak melepaskan peluang dalam mendapatkan bantuan yang ditawarkan.

“Cawangan Kuching komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan keperluan semasa. Kami akan meneruskan program ini selagi ada permintaan,” katanya lagi.

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan sara hidup khas atau khidmat lain, ujarnya, boleh diajukan terus kepada Pemuda Cawangan Kuching di talian 010-966 9909 atau menerusi Facebook rasmi mereka, “Seksyen Belia SUPP Cawangan Kuching”.

Antara yang mencuri tumpuan malam tadi ialah kehadiran Datuk Bandar Miri, Adam Yii, yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut.

Beliau meluangkan masa untuk meninjau operasi kaunter dan menyampaikan kata-kata semangat kepada para sukarelawan.

Adam Yii pada masa sama, memuji usaha akar umbi Cawangan Kuching yang disifatkan sebagai wajar diberikan pengiktirafan.

Kehadiran Adam Yii, secara tidak langsung telah menyuntik semangat kepada kesemua yang terlibat, selain mengukuhkan semangat kerjasama antara cawangan parti.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jumaat, 16 Mei 2025, Notis Gangguan Bekalan Elektrik Sarikei (Teluk Batu)
Next: Tasik Biru terus cipta transformasi sebagai destinasi pelancongan ikonik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.