Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkhidmatan feri Batang Paloh tergendala
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkhidmatan feri Batang Paloh tergendala

Utusan Sarawak 20 hours ago
DIHENTIKAN SEMENTARA…Perkhidmatan feri Batang Paloh dihentikan sementara pagi tadi, selepas muatan besi cerucuk daripada sebuah lori tergelunsur keluar. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah (Daro).

DARO: Perkhidmatan feri Batang Paloh dihentikan sementara pagi tadi, selepas muatan besi cerucuk dari sebuah lori tergelunsur keluar dari bahagian belakang kenderaan menyebabkan bahagian hadapan lori terangkat serta tidak dapat bergerak.

Ketua Polis Daerah Daro, DSP Rahim Mihos berkata, pada jam lebih kurang 8.30 pagi tadi, pihaknya menerima makluman berkaitan satu kejadian melibatkan kenderaan berat jenis lori telah menghalang lalu lintas di Feri Sungai Batang Paloh.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lori berkenaan datang dari arah Sibu menghala ke Daro dengan membawa muatan berupa besi cerucuk telah tersangkut ketika hendak keluar dari feri naik ke tebing sungai Batang Paloh.

“Disebabkan keadaan air surut, muatan yang berupa besi cerucuk telah menggelunsur keluar dari bahagian belakang menyebabkan bahagian hadapan lori terangkat dan tidak dapat bergerak.

“Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan lain tidak dapat keluar dari feri dan perkhidmatan feri dihentikan sementara atas faktor keselamatan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Katanya, keadaan lalu lintas baik dan kenderaan yang menghala ke arah Tanjung Manis/Sarikei/Sibu dinasihatkan menggubalan laluan Daro – Igan – Mukah – Sibu.

“Pihak JKR Daro telah mengeluarkan Notis Penutupan feri Batang Paloh buat sementara waktu. Usaha mengalihkan besi cerucuk dan lori berkenaan masih dilaksanakan,” katanya.

Berikutan insiden itu, orang ramai dari Daerah Daro dan Matu yang mahu ke Sarikei atau Sibu, terpaksa menggunakan feri Igan ke Mukah.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang akses ke sekolah, klinik di Nanga Kesit
Next: Pelajar digesa elak ‘brain drain’, pulang berbakti kepada negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.