Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perkhidmatan Boeing 737 Max 9 digantung hingga notis lanjut – FAA
  • GLOBAL

Perkhidmatan Boeing 737 Max 9 digantung hingga notis lanjut – FAA

Utusan Sarawak 1 year ago
FAA memerlukan data tambahan daripada Boeing termasuk laporan pemeriksaan pintu palam 40 pesawatnya, lapor Xinhua.

CHICAGO: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak, menurut FAA menerusi laman sesawangnya, semalam.

Selepas menyemak senarai cadangan pemeriksaan dan arahan penyelenggaraan Boeing, FAA memerlukan data tambahan daripada Boeing termasuk laporan pemeriksaan pintu palam 40 pesawatnya, lapor Xinhua.

Jika arahan pemeriksaan dan penyelenggaraan Boeing diluluskan, pengendali dikehendaki melaksanakannya pada setiap pesawat sebelum ia dibenar menyambung semula perkhidmatan, menurut FAA.

FAA menggantung perkhidmatan sekitar 171 pesawat Boeing 737-9 MAX pada 6 Januari selepas tingkap kabin pesawat penerbangan 1282 Alaska Airlines tercabut ketika melakukan penerbangan.

Agensi itu telah melancarkan siasatan bagi menentukan sama ada Boeing gagal memastikan produk itu mematuhi reka bentuk yang diluluskan dan berada dalam keadaan selamat berdasarkan peraturan FAA.

FAA akan terus membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan terhadap Penerbangan 1282 Alaska Airlines. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Piala Asia: Tuan rumah Qatar tewaskan Lubnan 3-0 dalam perlawanan pembukaan
Next: Pilihan Raya AS: Penduduk Iowa mula undi pilih calon presiden Republikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.