Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan bas kurangkan operasi
  • TEMPATAN

Perkhidmatan bas kurangkan operasi

Utusan Sarawak 4 years ago
SUNYI… Keadaan di Terminal Bas Kuching Sentral yang lengang dengan penumpang.

KUCHING: Kes penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Sarawak terutamanya Daerah Sibu dan Miri turut memberi impak kepada jumlah penumpang bas ekspres dari Kuching ke kedua-dua daerah tersebut.

Tinjauan wartawan ke Terminal Bas Kuching Sentral di sini, semalam mendapati keadaan di terminal lengang dengan penumpang.

Menurut pekerja di kaunter bas di terminal bas tersebut, perkhidmatan pengangkutan bas dikurangkan masa beroperasi pada kekerapan hanya dua sehingga empat kali sahaja untuk setiap hari.

Hal ini terjadi susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana mencatatkan penurunan jumlah penumpang.

“Jumlah penumpang yang melakukan perjalanan dari Kuching ke Sibu dan Miri telah menurun secara drastik kerana peningkatan jumlah kes Covid-19 di kedua-dua daerah,” kata mereka.

Mereka juga menambah, mana-mana individu yang ingin merentas daerah memastikan terlebih dahulu telah mendapatkan surat kebenaran daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bermula 1 Februari 2021 sehingga 14 Februari 2021.

Ditanya mengenai sambutan pembelian tiket untuk musim Perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, mereka mengatakan bahawa pembelian tiket juga tidak banyak kerana penumpang juga takut melakukan perjalanan ke bahagian lain di Sarawak bukan kerana larangan perjalanan antara daerah tetapi disebabkan oleh pandemik Covid-19 itu sendiri.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ

Continue Reading

Previous: Penduduk Kapit dinasihat elak pembelian panik
Next: Pupuk kesedaran perangi wabak Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.