Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan agensi kerajaan di UTC dipersoal
  • TEMPATAN

Perkhidmatan agensi kerajaan di UTC dipersoal

Utusan Sarawak 5 years ago

dav

DR. Kelvin Yii dan Julian Tan ketika mengadakan pemantauan di UTC.

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan membuat lawatan ke UTC untuk memahami sebab mengapa beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak beroperasi seperti biasa.

Dr Yii berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), UTC telah tidak beroperasi berikutan arahan daripada kerajaan.

Beliau telah menerima beberapa aduan berikutan dengan perkhidmatan yang lambat dan barisan yang  panjang di agensi-agensi ini di ibu pejabat masing-masing berikutan penutupan beberapa kaunter perkhidmatan di UTC.

“Kepayahan untuk pergi ke ibu pejabat boleh dielakkan sekiranya kaunter perkhidmatan di UTC dibuka dan beroperasi,” kata Dr Yii sambil menambah bahawa menurut pegawai yang bertugas di UTC, semua agensi kerajaan di UTC akan kembali beroperasi pada 15 Jun dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk hujung minggu.

“Saya menyambut baik pengumuman ini tetapi mengapa ia memgambil masa yang lama untuk beroperasi kembali dan sedangkan ia boleh mula beroperasi secepat mungkin dengan pematuhan kepada garis panduan.

“Kaunter perkhidmatan di UTC sebenarnya telah beroperasi sejak 15 Mei dan garis panduan yang perlu dipatuhi adalah sama dengan mana-mana pihak yang juga telah beroperasi,” kata Dr Yii.

Beliau menyeru supaya kerajaan melanjutkan masa perkhidmatan di agensi-agensi ini di UTC supaya untuk kemudahan orang ramai.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 6,025 penjaja berjaya mohon SSAP
Next: Mayat remaja berusia 14 tahun telah dijumpai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.