Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perkeso sedia laksana Akta Pekerja Gig 2025, integrasi bersama penyedia platform
  • NASIONAL

Perkeso sedia laksana Akta Pekerja Gig 2025, integrasi bersama penyedia platform

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini bersedia sepenuhnya bagi pelaksanaan perlindungan sosial kepada pekerja gig, termasuk melalui integrasi sistem berasaskan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) bersama penyedia platform.

Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan, integrasi itu bertujuan membolehkan potongan caruman dilaksanakan secara automatik daripada setiap transaksi pekerja gig tanpa memerlukan campur tangan manual, sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan pematuhan.

Sehubungan dengan itu, semua penyedia platform gig digesa untuk bersedia dari segi sistem masing-masing supaya proses penyepaduan dapat dilaksanakan dengan lancar dan pantas.

“Langkah ini selari dengan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] yang menetapkan kewajipan kepada semua penyedia platform untuk mendaftarkan pekerja gig di bawah mereka dengan Perkeso.

“Selain itu, penyedia platform yang belum berdaftar juga tetap tertakluk kepada tanggungjawab mendaftar, dan memotong caruman bagi memastikan pekerja gig terus dilindungi,” menurut kenyataan itu. 

Di bawah mekanisme baharu itu, caruman pada kadar 1.25 peratus akan dilaksanakan secara automatik ke atas setiap transaksi pembayaran pendapatan sebaik sahaja sesuatu tugasan diselesaikan, bagi memastikan perlindungan sosial yang lebih konsisten dan berterusan kepada pekerja gig.

“Pendekatan ini bukan sahaja memperluas liputan keselamatan sosial, malah memastikan pekerja gig mendapat perlindungan sewajarnya tanpa menjejaskan fleksibiliti pekerjaan mereka,” menurut Perkeso.

Mengenai skim LINDUNG Kendiri, statistik Perkeso menunjukkan jumlah kemalangan dilaporkan di bawah skim itu meningkat daripada 4,021 kes pada 2023 kepada 4,839 kes pada 2024, dan seterusnya 5,496 kes pada 2025.

Dalam tempoh sama, jumlah penerima faedah turut meningkat daripada 6,294 orang pada 2023, kepada 6,725 orang pada tahun berikutnya, sebelum mencecah 7,893 orang pada 2025. 

“Statistik ini memberikan isyarat bahawa sudah tiba masanya aspek perlindungan sosial terhadap golongan ini diberikan perhatian yang lebih serius dan menyeluruh, selari dengan perubahan landskap pekerjaan masa kini yang semakin dinamik dan fleksibel.

“Justeru, usaha memperkukuh perlindungan bukan sahaja penting untuk menjamin kebajikan pekerja gig ketika berdepan risiko, malah memastikan nasib waris mereka terus terbela sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” menurut kenyataan itu. 

Pelaksanaan Akta 872 meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik sebagai antara perintis di rantau ini, yang memperkenalkan kerangka perundangan khusus bagi sektor gig secara komprehensif.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Diplomasi panggilan telefon Anwar berjaya dapatkan akses selamat di Selat Hormuz
Next: Larangan mutlak import sisa elektronik berkuat kuasa hari ini – JKDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.