Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PERKEP IPD Lawas kukuhkan ikatan kekeluargaan
  • Utara
  • WILAYAH

PERKEP IPD Lawas kukuhkan ikatan kekeluargaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KELUARGA BESAR… DSP Liong bersama warga PERKEP IPD Lawas selepas mesyuarat agung tahunan PERKEP IPD Lawas.

LAWAS: Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP bagi 2026 bertempat di Dewan Serbaguna IPD Lawas baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong TindanĀ  dan turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP IPD Lawas Jurawati Bunsu.

Jurawati yang menerajui PERKEP IPD Lawas melahirkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama semua ahli PERKEP dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun lalu.

Beliau berharap semangat kekeluargaan dan berpasukan warga PERKEP dapat diteruskan sepanjang masa khususnya pada tahun ini untuk saling membantu antara keluarga polis.

Seterusnya beliau menghargai sumbangan berbagai pihak terutama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong yang banyak menyokong dalam pelbagai bentuk kepada PERKEP dan IPD Lawas.

Turut hadir pegawai kanan dan pegawai rendah polis, pegawai awam polis serta ahli-ahli PERKEP, menjadikan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 63 orang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan kebajikan disalur kepada 95 penerima di Sibu
Next: Pembinaan Saratok Town Square dijangka pacu pembangunan ekonomi dan sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.