Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PERKENAL PAKEJ INSENTIF BAHARU
  • TEMPATAN

PERKENAL PAKEJ INSENTIF BAHARU

Utusan Sarawak 4 years ago

KUCHING, 3 Mac -- Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kanan) memukul gendang sebagai gimik pelancaran 'Business Events Sarawak’s (BESarawak) Tribal Gathering' di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PAKEJ INSENTIF BAHARU… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memukul gendang sebagai gimik pelancaran ‘Business Events Sarawak’s (BESarawak) Tribal Gathering’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. • Foto BERNAMA

KUCHING: Sarawak memperkenalkan pakej insentif baharu untuk menyokong sektor acara perniagaan tempatan sejak penularan wabak pademik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, insentif baharu itu untuk acara tempatan dan hibrid bertujuan untuk mendorong serta menyokong lebih banyak perancang tempatan untuk merancang acara perniagaan dalam negeri sekali gus untuk memberi sokongan kepada industri sebelum ia kembali dibuka.

“Acara secara langsung dalam negara dan antarabangsa tidak akan berlaku dalam masa terdekat, oleh sebab itu, kita perlu memberi penekanan pada acara perniagaan hibrid dan tempatan terlebih dahulu untuk membantu industri ini (sektor acara perniagaan) memulakan semula dan pulih dalam masa sukar ini.

“Ini adalah cara kita untuk memberikan sokongan kepada industri ini sebelum sempadan dibuka kembali dan kita berharap ia boleh bermula akhir tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya ketika Majlis Pelancaran BESarawak: Tribal Gathering 2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Tambahnya, dengan mengadakan pelbagai jenis barangan bersubsidi, pakej Insentif Tribe Homegrown untuk kategori mesyuarat korporat dan insentif korporat, dan kategori konvensyen akan mendorong lebih banyak perancang acara untuk tampil, mengatur dan mengadakan acara di Sarawak.

“Berkenaan dengan pakej Tribe Collaborate, rakan industri dapat membuat iklan dan memperkuat kegiatan pengiklanan, pemasaran dan promosi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak Amelia Roziman menggesa rakan industri untuk memanfaatkan insentif itu untuk menganjurkan acara perniagaan dan meningkatkan aktiviti promosi mereka.

“Pemasaran dan promosi yang kukuh akan memberi kesan positif kepada usaha Sarawak untuk menjana perniagaan,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: SEB terus beri sokongan
Next: Tubuhkan pusat pemulihan dadah untuk wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.