Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perkembangan sektor pertanian kepada golongan sasar
  • BISNES

Perkembangan sektor pertanian kepada golongan sasar

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Para peserta program merakam gambar bersama Huang di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), pagi semalam.

SARIKEI: Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak bagi meluaskan aktiviti-aktiviti pertanian di negeri ini dan memberikan pendedahan secara langsung kepada golongan sasar mengenai perkembangan pertanian terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, selain mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import, kerajaan juga mahu melonjakkan potensi ekonomi sesebuah kawasan dalam pelbagai sektor khususnya pertanian.

“Pada masa sama, kerajaan turut menggalakkan penduduk supaya dapat mempelbagaikan pertanian. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan pendapatan dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk setempat.

“Oleh itu, kita harus menerima baik inisiatif yang diperkenalkan dalam Program AgriCOP,” katanya semasa berucap di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), pagi semalam.

Tambahnya, durian merupakan buah yang sangat popular untuk dimakan segar dan amat digemari oleh pengguna.

“Begitu juga dengan tanaman kopi dan nanas yang juga merupakan salah satu komoditi pertanian yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam RMK-11.

“Galakkan tanaman ini perlu dijalankan, bagi memastikan kita dapat menampung peningkatan permintaan pasaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya lagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selama ini amat prihatin terhadap pembangunan sosioekonomi dan kemajuan di negeri ini terutamanya di kawasan Sarikei.

“Kita sangat bersyukur atas usaha murni Ketua Menteri dengan projek-projek besar dan berimpak tinggi yang telah banyak memberi manfaat dan banyak membantu dalam usaha menaikkan taraf hidup serta sosioekonomi rakyat.

“Bagi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), rakyat Sarawak sentiasa diutamakan dan kita mampu menunaikan janji dan menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada segenap lapisan rakyat,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sarikei, Christopher Ranggau Unting dan Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Rainy Yaman.

Continue Reading

Previous: Eksport getah meningkat 17.6 peratus
Next: KPLB berinisiatif bantu usahawan Bumiputera Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.