
ional School dalam lawatan kerja rasmi ke London, UK hari ini.
LONDON: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak meneruskan lawatan kedua ke Sekolah Antarabangsa EIFA.
“Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata hari ini merupakan hari kedua lawatan ke Pusat Cerita Kanak-Kanak Discoverserta Pusat Kanak-Kanak dan Keluarga Overland serta Pusat Sokongan Keluarga. Hari ketiga pula akan melibatkan lawatan ke Persatuan Taska Kebangsaan.
“Antara yang akan dilawati juga ialah Pusat Keluarga Roehampton, Sekolah Psikologi Universiti Roehampton, Yayasan Kanak-Kanak Awal London, Sekolah Antarabangsa EIFA, Perpustakaan Mainan dan Pusat Permainan Walthamstow serta Pusat Cerita Kanak-Kanak Discover.
“Lawatan kerja rasmi KPWK ke London, United Kingdom bermula 6 hingga 14 September 2025,” jelasnya.
Tambahnya, dalam lawatan ke Sekolah Antarabangsa EIFA di sini dijangka akan memberikan wawasan berharga untuk memperkasakan sistem pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.
“Menurut pihak EIFA, sekolah tersebut adalah sekolah dwibahasa sepenuh masa yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Perancis, dengan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan Perancis oleh penutur asli.”
“Sekolah ini bertujuan menyediakan asas akademik yang kukuh kepada murid-murid dalam kedua-dua bahasa sambil menggalakkan mereka memenuhi potensi dalam persekitaran multikultural.
“Lawatan ini dijangka memberikan pendedahan kepada strategi berkesan dalam pembangunan kanak-kanak holistik dan pembelajaran multikultural yang boleh diadaptasi untuk memperkukuh sistem pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.
“Perkongsian Kepakaran Antarabangsa Delegasi telah disambut oleh Pengetua Sekolah, Stephane Kuhn, dan Coralie Moynes, (Pendaftar Sekolah),” jelasnya lagi.
Menurut maklumat rasmi, EIFA memastikan murid-murid merasa selamat, gembira dan dilindungi daripada bahaya.
Sekolah ini juga menggalakkan murid-murid mengambil inisiatif, membuka minda untuk menerima budaya dan tradisi yang berbeza, serta menghormati dan mempromosikan nilai-nilai British dan Perancis.
Justeru itu, lawatan ini dijangka akan membuka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.